Cabaran Editor Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Teruja kembali menjadi editor buku sekolah, kembali mengadap pruf, kembali bergelumang dengan sukatan pelajaran, buku teks dan PRPM. Hehe

Terpaksa juga kembali tarik buku-buku rujukan sekolah dari rak untuk check fakta, istilah dan lain-lain. Namun begitulah, zaman dah berubah. Silibus pun berubah, malahan saya hampir keliru nak guna dokumen mana satu sebab kerap sangat diubah!

Buku-buku rujukan zaman saya bekerja dulu pun dah out dated. Cuma mahu check fakta, masih ok dan relevan.

Cabaran jadi editor buku sekolah.

Kena alert dengan perubahan silibus. Bukan cikgu sahaja yang kena tahu, kami juga sama. Apa lagi untuk subjek Sains dan Matematik, dwibahasa. Perlu mahir kedua-dua bahasa. Kena mahir konten Sains dan Matematik juga.

Setelah beberapa bulan berehat dan fokus kepada aktiviti jual buku dan menulis artikel, kini bertambah satu lagi - oh sebenarnya itulah kerja saya di rumah selama ni, freelance editor dan translator untuk subjek Sains.

Memang tough, dengan anak-anak kecil yang asyik nak berpaut je tapi syukur Allah lorongkan rezeki ini.

Doakan saya dapat siapkan kerja-kerja editing dan translating mengikut deadline yang ditetapkan ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...