Ramadan Kareem 2017

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Whatsapp & Dubai Prayer Times

Alhamdulillah. Esok tiba 1 Ramadan. Hari pertama berpuasa.



Malam ini solat tarawih sudah bermula.

Rutin harian puasa saya tahun ini pastinya berbeza. Berpuasa di rumah baru, kejiranan baru, dengan anak yang sudah bertambah :)

Alhamdulillah.

Rezeki, masjid dekat sahaja. Dan aktif pula. Esok giliran lorong kami menyumbangkan hidangan moreh. Nanti saya kongsikan apa yang kami sumbangkan ya.

Amat menantikan suasana Ramadan di sini. Pengalaman baru buat kami.

Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk beribadat di bulan puasa ini.



Saya, seperti tahun sebelumnya, tarawih di rumah sahaja. Semoga Allah terima.

Selamat berpuasa ya mak-mak semua. Dan bertabahlah kita semua selama sebulan ini dengan pelbagai ujian atau dugaan. Kita semua kuat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...