Mengenalkan Al Quran Pada Anak

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Selain pelajaran ABC dan nombor, saya kira pelajaran yang terpenting untuk anak adalah mengenal Al Quran. Bukanlah target saya mahu anak hafaz Quran seawal usia, atau memaksanya menjadi hafiz, cukuplah pada usia ini dia kenal dan tahu tentang Al Quran terlebih dahulu.

Kalau ada ibu yang berbeza pendapat dengan saya, saya raikan perbezaan itu. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mencorakkan anak masing-masing kan.

Kami suami isteri hanya akan hantar Fuaad ke tadika bila dia berusia 6 tahun, iaitu tahun hadapan. Segala pelajaran tak formal belajar di rumah buat masa ini. Tapi sebelum berpindah, sempat juga Fuaad ke kelas Iqra' selama 2 bulan. Alhamdulillah dapat juga dia kenal huruf-huruf. Bila dah pindah ni, kami teruskan baca di rumah sahaja.

Biasalah budak, buku Iqra' tu memang buat dia cepat bosan. Kalau boleh baca 5 minit dengan duduk baik-baik tu memang bonus. Mahu tak mahu bab ni kami paksa juga. Tapi untuk tambah minat dia pada Al Quran, atau mudah kata nak bagi pendedahan awal, saya dapatkannya beberapa buah buku berkaitan Al Quran yang dihasilkan untuk kanak-kanak.

Antara bahan bacaan yang saya suka mahu kongsi dan cadangkan ialah buku Juzuk Amma, Al Quran Pertamaku oleh Ustaz Arsil Ibrahim. Saya ada kongsikan dalam entri INI.

Anak berusia 4 ke 6 tahun mungkin tidaklah begitu teruja untuk membaca lagi sebab banyak teks berbanding ilustrasi tetapi bagi anak yang besar sikit, insya Allah seronok. Pendekatan bercerita dalam bahasa yang mudah difahami dan ringkas membuatkan ibu bapa juga mudah mahu bercerita atau terangkan lebih lanjut pada anak.

Buku ni memang mendapat sambutan menggalakkan dan cepat habis stok. Saya pun mujur sempat dapatkan sebelum kehabisan. Ada rezeki anak saya.

Satu lagi buku, Kenali 10 Haiwan Daripada Al Quran  & Hadis oleh Nurul Suhada. Buku ni, anak-anak saya suka. Maklumlah kisah haiwan. Menarik juga. Anak dapat belajar sejarah, info tentang haiwan, apa kisah haiwan tersebut dalam Al Quran dan mengenali haiwan dengan lebih lanjut. Buku ni juga penuh warna-warni, dengan ilustrasi yang comel.



Baca lanjut tentang buku ini serta cara untuk dapatkannya di SINI .

Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang cintakan Al Quran, insya Allah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...