Membaca untuk Memasak

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Masuk ke pertengahan tahun ini, saya terpaksa mengaku progress membaca agak perlahan. Dengan tugasan menulis dan mengedit, proses pembacaan saya banyak tertumpu kepada tajuk yang tertentu sahaja. Itupun banyak buat rujukan di internet.

Benar, untuk menulis kena banyak membaca dan saya masih lagi mencuba untuk tingkatkan bacaan. Niatnya mahu tambah bilangan buku yang dibaca berbanding tahun lepas. Insya Allah, tengoklah nanti rekod kat Goodreads kan macamana.

Hampir dengan Ramadan ini, selain belek buku agama, kawan baik saya buku resipi dan majalah masakan lah. Seronok tengok gambar makanan. Hehe.

Menyelak helaian buku atau majalah resipi memang boleh menenangkan saya. Banyak bagi idea memasak. Jamu mata dengan gambar makanan yang cantik dan nampak menyelerakan. Kalau cukup bahan di rumah, memang selalunya akan cuba.

Salah satu rujukan utama saya untuk persiapan menu puasa dan raya adalah buku 300 Menu Ramadan dan Syawal terbitan Karangkraf.



Suami belikan di tahun pertama perkahwinan. Memang teruja sebab menunya ringkas sahaja. Sesuai untuk mereka yang nak belajar masak atau asah bakat memasak yang terpendam. Bahan-bahan yang diguna tak banyak. Jadi mudah dan eloklah bagi mereka yang baru nak cuba nak masak. Banyak resipi tradisi juga dan menu yang kita biasa makan cuma mungkin kita tak tahu buat.

Buku ni sebenarnya bagus juga untuk mereka yang baru kahwin. Banyak menu asas je tapi ada banyak pilihan. Kalau sambal tu, macam-macam jenis sambal ada. Aneka nasi untuk hidangan raya. Pelbagai jenis nasi goreng dan menu mi, kerabu, air minuman berbuka, lauk pauk dan sayuran. Aduh, nak senaraikan pun, ada 300 menu ni!

Insya Allah nanti saya kongsikan menu yang ada dalam buku ni ya. Boleh la sama-sama cuba. Atau kalau nak dapatkan naskhah sendiri, boleh emel ke hifzaila@hotmail.com.

Selamat menjalani ibadah puasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...