Kongsi Kisah Hidup Sebelum Mati

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: writing.com

Sebenarnya, setiap kita mesti ada cerita atau pengalaman yang menarik untuk dikongsi. Cuma yang masalahnya bagaimana mahu menyampaikan cerita kita tu.



Ada orang banyak pengalaman atau kisah hidupnya yang bagus dibuat panduan untuk orang lain, tetapi tak sedar atau tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan orang lain.

Ada yang mahu sangat menulis tapi tak tahu bagaimana nak bermula.

Ada pula yang idea banyak, pengalaman juga tak kurang tapi kesuntukan masa nak menulis.

Tapi percayalah setiap orang sebenarnya ada cerita sendiri. Dan sebenarnya juga mampu menulis.

Tak kurang juga, yang menulis untuk merawat hati #writetoheal

Saya?

Menulis sebab suka. Selepas menulis, saya lega. Dengan menulis juga, salah satu punca rezeki saya.

Salam 3 Ramadan 1438H.

Makluman mesra:
Pendaftaran Kelas Online Asas Blog Penulisan Sesi Jun 2017 telah dibuka.

Emel ke hifzaila@hotmail.com untuk mendaftar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...