Entri Pengenalan

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Assalamualaikum.

Sudah Mac rupanya, bermakna sudah hampir tiga bulan kita berada di tahun 2017. Untuk memberi nafas baru kepada blog ini, saya mulakan dengan pengenalan diri saya dahulu.

Nama saya Hifzaila Hafni. Mesra disapa Hif atau Zaila. Saya adalah suri rumah sepenuh masa, dan menjalankan bisnes secara online. Berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Selangor. Untuk menghubungi saya, boleh terus emel ke hifzaila@hotmail.com.

hifzaila.blogspot.my


Latar belakang Pendidikan

1. Master Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. 2008 - 2010

2. Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi Persekitaran), Universiti Sains Malaysia. 2002 - 2005

3. Matrikulasi Sains Hayat, KPM, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. 2000 - 2002

4. SPM, SMK Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah. 1998 - 1999

5. PMR, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang. 1995 - 1997

6. UPSR, SK Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. 1989 - 1994

Pengalaman Kerja

1. 2015 - Sekarang:  Editor, penterjemah, penulis bebas

2. 2013 - 2015: Editor Sains & Matematik, PIB

3. 2012 - 2013: Editor, penterjemah dan penulis bebas

4. 2006 - 2012: Editor Sains & Biologi, MCM

5. 2005 - 2006: Pembantu Penyelidik, USM


Pengalaman Bisnes

1. Sejak 2016: Pemilik Hif Bookstore (Kedai Buku Online). Menjadi ejen dropship.

2. Sejak 2014: Pengedar sah Shaklee, menjual makanan secara online (nasi Arab Al Bayt, kerepek kentang, sambal), menjual kuih raya secara offline, menjual produk digital (Akademi Bekerja Di Rumah).


Minat, Kemahiran dan Kepakaran

- Suka membaca buku dan majalah. Juga suka fotografi. Saya suka ambil gambar alam sekitar, bunga, pemandangan. Sangat suka memasak. Suka mencuba pelbagai resipi. Paling suka masak menu lauk-pauk.
- Kemahiran menyunting dan menterjemah teks pendidikan (Sains & Biologi), teks tajuk umum berkaitan sains dan kesihatan.

Jenis Buku yang Dibaca

Saya suka buku bergenre motivasi dan inspirasi, agama, travelog, kesihatan, novel medik, buku masak dan resipi.


Catatan lain


Saya ada menulis tentang panduan pemakanan anak di sini: Panduan Pemakanan Anak

Himpunan resipi di sini: The Dapur Diary

Panduan kesihatan di sini: Rahsia Sihat Semulajadi 



Matlamat dalam Bidang Penulisan

Saya ingin melatih diri menulis setiap hari, menulis dengan cepat dan laju. Belajar untuk fokus menulis sesuatu tajuk dan bina konten. Biar menulis sesuatu yang bermanfaat bagi saya dan orang lain juga.

Selain berkongsi pengalaman, semoga penulisan saya boleh menjadi kenangan dan rujukan anak-anak dan keluarga kelak.

Sekian.

Hifzaila
http://www.hifzaila.blogspot my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...