Entri 9: Ikan Bilis Pembuka Selera

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Lauk tengah hari kami hari ini - sambal ikan bilis. Menu mudah dan ringkas sahaja, lagipun anak-anak suka. Anak-anak saya, kalau tak pedas, tak berapa pandang. Nak mereka makan laju dan bertambah nasi, kena ada lauk pedas.

Ikan bilis sekarang ni, kalau yang premium, boleh tahan juga harganya tapi memang menang 'memakan'. Puas hati. Ikan bilisnya dah siap kopek, bersih, tak terlalu masin dan rangup bila digoreng garing. Ikan bilis Pangkor, katanya. Memang sedap.

hifzaila.blogspot.my



Alkisahnya, suami beli ikan bilis premium ni sebab itu saja yang ada masa beli barang dapur hari tu. Kalau tak, beli ikan bilis kopek yang biasa saja.

Agaknya peniaga nasi lemak memang dah kurang masukkan ikan bilis goreng sebab mahal. Nasi lemak sekarang selalunya ikan bilis hanya dalam sambal, kacang goreng, telur rebus dipotong kecil.

Ah, sedap pula kalau dapat makan nasi lemak. Dengan sambal ikan bilis yang berbaki ni, boleh la sarapan nasi lemak esok :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...