Entri 6: Laman Goodreads untuk Rekod Membaca

Teks: Hifzaila Hafni

Januari lalu, saya telah meletakkan sasaran untuk membaca 52 buah buku dalam tahun 2017 ini. Ia bermakna membaca sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu.

Setakat ini, saya telah selesai membaca enam buah, bermakna sedikit ketinggalan. Sepatutnya saya sudah selesai membaca sembilan buah. Tapi insya Allah akan mempercepat bacaan buku yang sekarang.

Tahu tak ada cara mudah untuk kita rekod dan track kemajuan kita membaca dalam setahun?

Caranya dengan merekodkan buku-buku yang akan dan telah dibaca di Goodreads.com.

Laman ini akan bantu kita check progress kita membaca sepanjang tahun. Jadi kita semangat sikit nak membaca sebab kita simpan rekod semua di situ. Boleh juga dapat inspirasi daripada kawan-kawan lain yang semakin ke depan dalam jumlah buku yang dibaca.

Sepanjang saya gunakan Goodreads ni, bukan sekadar saya dapat check rekod sendiri tapi juga dapat baca review buku-buku lain, boleh tengok buku-buku yang kawan saya baca (kalau best, saya pun nak baca juga) dan boleh tahu buku bestseller dan recommended. Boleh berkenalan dengan penulis juga tau.

Jadi, kawan-kawan yang nak join sama dalam komuniti buku ni, boleh ke laman web Goodreads.com. Lepas daftar, jangan lupa join grup Goodreads - Malaysia ya!

Jumpa di sana :-)

Add saya Zaila Hafni ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...