Entri 5: Terus Jadi Ejen!

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Karangkraf

Tahun lepas, ada seorang kawan mesej, tanya kalau saya ada jual satu buku ni.

Tajuknya 21 Hari Cabaran untuk Kurus.



Saya check di katalog supplier tak ada. Selalunya kalau tak ada stok pada supplier, saya akan cuba check stok di web penerbit terus. Jadi, pelanggan saya masih tetap boleh dapat buku yang mereka nak.

Macam buku ni, saya check terus di web Karangkraf. Ada stok. Saya kemudiannya walk in saja ke Karangkraf Mall, kedai buku Karangkraf yang tak jauh sangat dari rumah. Tapi malangnya dah habis stok. Aduh sedih betul. Tak tahu bila restock.

Esoknya saya check di web lagi. Masih ada stok online. Saya pun cepat-cepat la submit order. Kawan pun memang dah bank in duit. Alhamdulillah ada juga rezekinya.

Lepas tu saya cuba tanya kawan-kawan lain, ramai pula yang berminat dengan buku ni. Satu, satu saya order. Sampailah ada seorang kawan lagi, buat review di Facebook dan tag saya. Berduyun mahu beli juga sebab tertarik dengan isi kandungannya.

Memang banyak buku kurus di pasaran tapi yang bestnya buku ni ada menu Eat Clean. Ditulis pula oleh orang yang berjaya kurus dengan jaga makan dan senaman. Dari berat beratus kilogram ke berat ideal! Boleh google Aizat Razak.

Sekejap saja buku ni habis stok, sampai pelanggan terpaksa tunggu cetakan semula.

Dan saya pula akhirnya mendaftar sebagai ejen buku Karangkraf Mall untuk mudahkan urusan pembelian buku-buku Karangkraf.

Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...