Entri 4: Footsteps, Setiap Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Antara satu sebab saya teruja nak baca buku Footsteps ini adalah kerana penulisnya, Azlan Rahman atau Pak Lan merupakan guru penasihat saya dalam Sidang Redaksi majalah kolej dulu.

Masa di kolej, saya jadi Setiausaha Sidang Redaksi. Suami saya pula dalam unit Bahasa Inggeris. Kami sama-sama terlibat dalam editorial majalah kolej yang diberi nama Kaleidoskop.

Tentang buku ini, sebenarnya dari bab pertama saja pun dah rasa geli hati. Apalagi di bab-bab seterusnya. Cara penyampaiannya santai saja tapi kita boleh bayangkan situasi yang nak dicerita.

Paling saya gelak cerita Pak Lan bagi hadiah bunga kat makwe beliau. Bunga yang memang tak pernah orang bagilah bila Valentine.

Bunga apa?

Haa silalah baca sendiri. Kahkahkah. Saya memang gelak sungguh-sungguh semasa baca bab ini.

Satu lagi bab yang saya gelak kaw kaw, kisah 'van'. Serius tak jangka ayat last dalam bab tu. Hahaha!

Tapi paling terkesan baca bab Money. Memang sedih sangat. Agaknya touching lebih sebab saya pernah melalui perkara yang hampir sama juga. 

Kawan-kawan Kolej MARA Seremban khususnya, saya galakkan kalian baca. Ada terselit juga cerita zaman kita (jeng jeng jeng!). 

Selain boleh meningkatkan kesyukuran atas makanan-makanan yang kita nikmati masa di kolej dulu.

Lepas baca, mesti faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...