Entri 3: Buku Viral

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Kalau ada buku baru terbit, saya agak teruja juga membeli. Lagi-lagi kalau penulisnya yang saya dah biasa baca bukunya dan saya suka.

hifzaila.blogspot.my


Terbaru, saya pre order buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan, oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad terbitan Guerilla. Khabarnya buku ini merupakan edisi kemas kini dan ditambah konten daripada buku sebelumnya, Rahsia Penulisan Berpengaruh terbitan Legacy Publishing.

Buku tersebut saya terima selepas pelancarannya minggu lepas. Selesai baca dalam dua hari itu pun sebab anak-anak pun tumpang sama nak 'baca'. Kalau tak, sehari pun boleh habis. Bukunya kecil dan tak terlalu tebal. Lagi satu, saya dah pernah baca buku yang sebelumnya, jadi macam ulanganlah.

Buku ni bagi panduan untuk kita bina profil yang berpengaruh di Facebook peribadi. Juga cara untuk tingkatkan follower. Tuan KHM yang kini mempunyai follower lebih 100k, berkongsi pengalamannya membina konten dan penulisan berpengaruh di Facebook dan mengumpul follower selama dua tahun.

Antara tip yang saya boleh kongsi:
- gunakan gambar sebenar sebagai gambar profil
- guna nama sebenar tanpa letak produk (jika menjual produk)
- menulis dengan ejaan penuh
- tulis perkara yang positif dan tidak mengajar-ajar

Ada banyak sangat tip dan sangat bagus bagi mereka yang mahu bina profil Facebook dan 'menjual' di Facebook tanpa iklan (FB Ads).

Kalau berminat untuk dapatkan, boleh hubungi penerbit Thukul Cetak (Guerilla).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...