Entri 23: Kedai Buku Kegemaran

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Saya sejak kecil, memang dah dibiasakan dengan buku. Ayah saya seorang yang rajin membaca dan banyak koleksi bukunya.

Masa kami bersekolah dulu, ayah ada juga bawa ke perpustakaan daerah. Kedai buku, selalu juga. Sampai lama-kelamaan jadi hobi saya ke kedai buku. Biarpun tak membeli, saya tetap nak masuk.

Masa bujang, di hujung minggu, kerap juga ke Popular, MPH. Ada masa rajin, ke Kinokuniya KLCC atau Borders di Berjaya Times Square.

Sekarang, kalau dapat ke kedai jual majalah pun rasa seronok dah. Terakhir, ke Karangkraf Mall. Tapi tak boleh duduk lama sebab anak teruja sangat meneroka buku. Tak sempat nak pilih-pilih atau belek-belek buku pun.

Sekarang, nak belek buku secara online sahajalah.

MPH Online. Karangkraf Mall Online. Dubook Press. DBP Niaga. Kinokuniya Online. Bookcafe.com.my.

Betapa mudah nak beli buku sekarang. Klik, bayar, sampai. Tapi macamana pun tetap tak sama dengan melawat kedai buku. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga jamu mata :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...