Entri 22: Merantau ke Afrika

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Membaca buku-buku Dr Jamilah Jaafar (Dr Jem) ni, kalau dah mula tu payah juga nak berhenti selagi tak habis.

Buku pertama beliau, Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa terbitan Puteh Press, saya baca dalam sehari sahaja. Buku kedua, Afrika, Aku Mai Lagi, self-published, saya baca dalam 5 hari.

Kedua-dua buku adalah travelog beliau ke negara asal suaminya, Afrika.

Gaya penulisan yang santai, mencuit hati, bersahaja dan diselit pula loghat Utara sesekali, memang buatkan saya tersengih-sengih dan senyum sendiri.

Pengalaman perjalanan Dr Jem ke Afrika yang dikongsi melalui buku-buku ini, mengajar pembaca banyak perkara.

Antaranya budaya mereka yang pelik pada kita, keadaan sebenar di sana (yang kebanyakannya bertentangan daripada apa yang kita bayangkan) dan serba sedikit tentang sejarah Afrika.

Saya paling seronok baca part sejarah. Saya boleh baca part ni tanpa menguap tu kira terbaiklah tu. Sebab saya ni dengan sejarah tak pernah ada chemistry yang baik. Haha.

Part yang seram dan ngeri, kes pembunuhan beramai-ramai di Rwanda. Pasal rumah tinggalan Presiden dan kolam ular sawa. Meremang jugak saya yang fobia ular ni, bila baca part tu.

Tapi part yang paling saya boleh gelak sorang-sorang -- part Dr Jem kena ngorat dan kisah lucu beliau dan suami akibat perbezaan bahasa.

Walaupun Dr Jem selalu kata dia tulis merapu, sebenarnya tak pun.

Banyak ilmu yang boleh dapat bila baca buku beliau ni. Bukan setakat ilmu tentang Afrika sahaja.

Sampaikan ada orang hadiahkan buku-buku ni kat Tun Mahathir lah.

Saya memang terhibur baca. Dan dapat banyak input yang  selama ni zero pasal Afrika. Paling menarik, baru tahu kat sana pun sejuk. Bukanlah sentiasa bercuaca panas macam yang kita dok bayangkan.

Dengan gambar-gambar yang subhanallah, lawa juga pemandangan di Afrika ni.

Dalam buku kedua lagi seronok sebab full colour. Buku pertama black and white, ada sikit saja gambar warna.

Hmm. Ada ke yang teringin nak tambah koleksi travelog? Ni cerita betul tau.

Kalau kalian kaki travel, bagus sangat baca ni.

Info: Dr Hayya Bilal adalah nama pena Dr Jem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...