Entri 21: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Sekitar bulan April-Mei setiap tahun, akan berlangsung pesta buku terbesar yang ditunggu-tunggu oleh para peminat, penulis dan semua yang terlibat dalam industri perbukuan dan penerbitan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 28 April hingga 7 Mei 2017.

Tahun lepas PBAKL diadakan di MAEPS Serdang.

Setiap kali datangnya PBAKL, mesti saya teringat zaman saya bekerja dahulu. Setiap editor perlu hadir ke PBAKL untuk buat survey buku penerbit lain dan juga membeli buku rujukan tambahan yang terkini. Semasa awal bekerja dulu, setiap editor diwajibkan datang 1 slot shif untuk menjaga booth. Menjaga booth sebenarnya bermaksud memberi maklumat yang lebih lengkap kepada bakal pelanggan kerana editor sendiri yang tahu luar dalam tentang buku yang diterbitkan, berbanding salesman yang lebih kepada tugas menjual.

Bos juga mahu editor sendiri mendapat maklumat dan feedback daripada pelanggan dan pembaca secara langsung untuk menambah baik penghasilan buku akan datang.

Banyak juga perkara yang saya belajar semasa menjaga sendiri booth syarikat.

1. Cara memujuk pelanggan membeli. Saya banyak perhatikan cara salesman juga.

2. Tahu serba serbi tentang buku yang dijual. Kalau tak tahu, bagaimana nak terangkan pada pelanggan.

3. Tahu juga kelebihan atau kekurangan pesaing. Maklumat ini boleh dapat semasa buat survey.

4. Yakin dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada buku sendiri.

Saya fikir hal ini juga boleh digunakan pada produk yang lain juga selain buku. Pada asasnya, konsep masih sama. Yang penting kita mahu produk kita banyak terjual.

Sejak 3 tahun lalu, saya dah tak ke PBAKL lagi. Dengan anak kecil, di tempat yang sesak - keadaan yang kurang sesuai. Mungkin bila anak sudah besar sikit, bolehlah berkunjung semula. Rindu sangat berjalan-jalan di kelilingi deretan buku, pilih-pilih buku murah, beli buku yang baru dilancarkan masa pesta buku. Semuanya saya rindu!

Siapa yang merancang untuk ke PBAKL tahun ini, save the date ya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
Putra World Trade Centre
28 April hingga 7 Mei 2017
Masuk percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...