Entri 2: Nasi Bebola Daging

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Di hari bekerja, biasanya saya masak yang mudah dan ringkas sahaja. Masakan yang tak memerlukan masa yang banyak untuk sediakan bahan dan masak.

Jadi semalam saya cuba buat Nasi Bebola Daging. Konsepnya sama sahaja macam buat nasi daging, cuma diganti dengan bebola.

Di rumah memang ada stok rempah nasi daging. Rempah ni asalnya dari kampung saya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya selalunya kirim kat adik atau abang yang balik kampung.

Nak membuat nasi ni, memang mudah sahaja. Sesekali tukar selera anak yang jemu makan nasi putih dan lauk.

Di sini saya kongsikan cara membuatnya. Bolehlah cuba. Sesuai untuk ibu sibuk.

Nasi Bebola Daging

hifzaila.blogspot.my

Bahan-bahan

3 sudu besar rempah nasi daging
10 biji bebola daging
2 pot beras (saya guna tin susu)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 sudu teh garam masala
2 1/2 pot air
Sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam

Cara memasak

- Cuci beras dan toskan.
- Menggunakan periuk dari periuk nasi elektrik, letakkan di atas dapur gas dan panaskan minyak.
- Tumis semua bawang hingga naik bau.
- Masukkan rempah dan sedikit air.
- Masukkan bebola daging, kacau rata.
- Masukkan beras dan gaul rata.
- Masukkan air dan garam serta garam masala.
- Tutup api, sambung masak menggunakan periuk elektrik.

Siap dihidang.

Sedikit tip.
1. Garam masala boleh diganti dengan rempah empat sekawan.
2. Minyak masak boleh diganti dengan minyak sapi untuk aroma lebih harum.

Nasi ini boleh dimakan bersama kuah kari, dalca sayur, air asam atau sup.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...