Entri 19: Majalah dan Vivy Yusof

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Masa bujang dulu, suka beli majalah Rapi, Cleo. Menjelang hari kahwin, beli majalah Pengantin. Dah mengandung dan ada anak, beralih kepada majalah Pa&Ma. Kini dengan usia di pertengahan 30-an, anak pun dah tiga, saya selesa membaca majalah kekeluargaan atau majalah masakan sahaja. Contohnya majalah Keluarga, Mingguan Wanita, Her World, Nona, Rasa dan Saji.

Seiring dengan pertambahan usia, selera majalah pun berubah. Tumpuan dan minat juga sudah beralih.

Sesekali bosan membaca buku, saya belek-belek majalah. Boleh tahu perkembangan semasa dan trend. Selain mencari ilham dan idea menulis.

Terkini, saya beli majalah Her World. Saya teruja nak membeli kerana penghias muka depannya Vivy Yusof, co-founder Fashion Valet. Saya adalah di antara yang kagum dengan wanita ini. Memulakan bisnes pada usia muda, kreatif dan paling kagum dia bermula sebagai seorang blogger fesyen.

Bagaimana dia mengembangkan empayarnya melalui blog hingga kini. Seronok baca kisah-kisah di blognya. Dia berkongsi cerita keluarga, bisnes dan pandangan pada sesuatu isu. Lihat bagaimana blog mampu mengembangkan bisnes dan mengukuhkan jenama.

Siapa yang ingin serius berbisnes atau membina jenama, baiklah ada satu blog dari sekarang.

Tak pandai? Belajar.

Kelas blog ABDR ada setiap bulan. Boleh pilih kelas offline atau online.

Kalau mahu, Whatsapp terus 0194603094 untuk tempah tempat bagi sesi April 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...