Entri 17: Spray Mop Pemudah Kerja

Teks Hifzaila Hafni
Imej: eBay

Antara kerja rumah yang saya paling kurang gemar buat adalah mengelap dan mop lantai. Namun dengan adanya anak-anak kecil di rumah, lantai sentiasa saja 'dihiasi' tumpahan air, sisa biskut, butir nasi, tak kurang juga gumpalan plastisin yang melekat di lantai.

Mahu tak mahu, saya tetap kena lap lantai. Sebelum ni, guna mop biasa yang kena perah tu. Lepas tu saya lebih suka lap guna kain buruk. Lap macam orang Jepun tu. Tertunduk-tunduk lap lantai di setiap penjuru.

Lama-lama tak kuasa juga. Sampailah satu hari saya post status Facebook tentang penatnya nak mop rumah selalu.

Ramai rakan komen dan cadangkan beli spray mop. Katanya mudah sangat nak guna. Harga pun tak mahal mana, boleh beli secara online.

Saya pun tak lama selepas tu, bila dah terima bayaran kerja menulis, terus cari dan order spray mop tu. Saya beli di Lazada.com. Harga dalam RM29 sahaja. Dapat sebatang mop dengan 2 keping kain lap mikrofiber dan satu botol untuk isi cecair pembersih.

Ha. Mudah kerja mengelap lantai lepas tu. Tak payah susah nak fikir nak bancuh air sabun dalam baldi, perah mop. Dengan spray map tu, mudah kerja.

Ibu-ibu ni eloklah kalau ada peralatan begini untuk jadikan kerja rumah lebih cepat siap. Kita pun kurang pening kepala. Hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...