Entri 14: Kari Sardin, Menu Ringkas Ibu Sibuk

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Di rumah hari ini dengan anak-anak sahaja. Tidak ke mana-mana kerana suami bekerja. Lauk mentah di rumah juga dah habis licin. Yang ada ikan bilis, telur dan sardin. Memang biasa simpan stok lauk begini untuk standby, sebab saya memang tak boleh nak keluar rumah sendirian dengan anak-anak walaupun ke kedai runcit hampir dengan rumah ni. Saya tak boleh nak kawal tiga anak kecil tanpa kehadiran suami.

Jadinya hari ini, masak kari sardin. Ringkas dan sedap. Ibu-ibu sibuk pun boleh buat ni semasa hari bekerja. Sekejap saja siap, mengikut cara sayalah.

Kari Sardin Sedap Senang

Kari sardin 


Bahan-bahan

1 tin sardin (tin besar)
1 biji bawang besar Holland - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar rempah kari
Garam secukup rasa

Cara masak

- Panaskan minyak, tumis semua bawang hingga layu
- Masukkan ikan sardin beserta kuah tomato sekali
- Masukkan air (guna tin sardin tadi, sukat air 1 1/2 tin air)
- Kacau rata dengan perlahan, takut ikan hancur
- Masukkan rempah kari dan garam, kacau rata lagi
- Kecilkan api, biarkan mendidih dan pecah minyak
- Sedia dihidang

Tip

1. Mahu masukkan bendi atau cili padi sebagai aksesori tambahan juga boleh.
2. Mahu gantikan kuah tomato dengan buah tomato juga boleh.

Selamat mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...