Entri 12: Tenang Seorang Suri Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Hari Sabtu, tetapi sebab suami saya kerja hari ini, suasana di rumah sama saja seperti hari biasa yang lain. Tugas saya mengemas dapur, ruang tamu, siapkan sarapan berjalan seperti biasa. Cuma bezanya, bulan ini kena curi-curi menulis di blog dan mengumpul maklumat untuk penulisan artikel seterusnya.

Namun hari ni juga ada sedikit beza berbanding hari lain. Anak-anak mampu tidur siang dengan tenang dan saya juga rasa aman sebentar.

Biasanya si adik tak mahu lena dalam baby cot, hari ni diam dia di situ dengan mata tertutup rapat, sambil peluk bantal. Si abang tengah, juga lena dengan tenang selepas menyusu. Ya dia masih menyusu badan, jadi saya buat tandem nursing sekarang ni.

Si abang sulung, leka menonton video-video lama di laptop sambil bermain Ultraman.

Sepanjang mereka bertenang ni, dapatlah saya menyapu dan mengemop rumah sekejap. Sempat juga mengemas bilik.

Suri rumah, waktu anak tidur atau anak tidur serentak memanglah ditunggu-tunggu. Rumah tenang dan aman sebentar, ibu dapat lakukan kerja dengan tenang sebelum kembali riuh dengan suara anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...