Entri 11: Hif Bookstore

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Isnin lepas, saya terima satu sms begini.


Buat masa ini, Hif Bookstore hanyalah kedai online sahaja. Di blog, Facebook page dan Instagram. Tapi tak mustahil juga kalau suatu hari akan wujud kedai fizikal.

Masa tu boleh lah nak walk in. Hehe.

Bercakap pasal kedai buku ni, dah lama tak berkunjung ke mana-mana kedai buku sejak ada anak-anak kecil. Terkini, pergi ke Karangkraf Mall dan Karnival Buku mereka tahun lepas.

Punyalah seronok perasaannya. Bau buku, jalan keliling buku, tengok-tengok buku.

Sekarang banyak beli online sahaja, sebab nak tunggu ke kedai, jarang sangat berlaku. Dengan anak-anak ligat ni, akhirnya dok mengejar mereka dalam kedai, tak sempat nak belek buku pun.

Atas sebab itu jugalah akhirnya Hif Bookstore muncul. Untuk memudahkan ibu-ibu yang macam saya nak beli buku. 

Eh, yang bapa, single atau sesiapa saja nak beli pun boleh. Bukanlah untuk ibu-ibu je.

Nak tahu maklumat buku, nak cari buku semua boleh check di kedai online saja. Tak payah nak keluar pergi mana-mana, tak perlu pening kepala.

Kalau cari buku yang tak ada di kedai buku pun, insya Allah HB boleh usahakan cari sampai jumpa. Kadang-kadang ada lagi buku tu cuma stok di kedai besar dah habis.

Jadi janganlah segan-segan nak pm kalau nak buku apa-apa ya. 

Bangsa membaca, bangsa melawan. - Thukul Cetak/Guerilla 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...