Entri 1: Mengemas Permainan

Teks: Hifzaila Hafni

Bismillah.

Saya ada tiga orang anak dengan dua daripadanya dalam fasa lasak dan kuat bermain. Seorang lagi baru empat bulan.

Dengan ada anak kecil, permainan memang tak dapat dipisahkan. Berbakul permainan mereka abahnya belikan.

Anak yang sulung, saya dah ajar supaya kemas semula mainan lepas selesai main. Adiknya pula biasa akan ikut apa yang dibuat oleh si abangnya. Jadi selalunya lepas anak-anak dah selesai main, saya akan ingatkan supaya mengemas dan menyimpan semula mainan ke dalam bakul. Bukan apa, kalau tak nanti mainan hilang atau yang bahaya bila terpijak atau tersepak.

Alkisahnya semalam sedang saya dan anak yang sulung bersungguh mengemas dan mengutip mainan, dah hampir siap pun. Tiba-tiba anak yang kedua datang dan terbalikkan bakul yang dah hampir penuh tu!

Aduhai. Kesian anak sulung saya dah penat tolong kemaskan. Tapi kemudian kami mengemas semula. Adiknya datang lagi, terbalikkan semula sekali lagi.

Kecewa betul. Kesudahannya, kami biarkan sahaja dan terus masuk tidur. Esok saja saya kemaskan.

Macam tulah bila ada anak yang tengah membesar. Macam-macam benda nak diteroka. Macam-macam nak main. Bagi saya selagi tak memudaratkan, saya biarkan sahaja. Mainan tu semua, kalau tak larat nak kemas, saya hanya bagi anak main sebahagian sahaja. Jadi tidaklah terlalu penat mengutip dan mengumpul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...