Cara untuk Mula Jadi Penulis

Teks: Hifzaila Hafni

Bagaimana untuk bermula sebagai penulis?

1. Kenal pasti topik atau bidang yang ingin ditulis. Boleh jadi topik yang anda pakar atau minat/hobi.

2. Latih diri menulis. Blog dan Facebook antara platform terbaik untuk melatih diri menulis.

3. Hadir ke kursus atau seminar penulisan. Ya, kita boleh menulis tapi kita juga perlu belajar banyak sisi lain dalam penulisan dan penerbitan. Selain itu, dapat meluaskan jaringan dengan penulis lain.

4. Cuba hantar karya ke majalah, surat khabar atau laman web yang berkaitan dengan topik kita. Karya yang baik akan diterima.

5. Berguru. Belajar menulis. Cari guru yang boleh membimbing kita menulis dengan lebih baik dan berpengaruh.

6. Beli buku yang memberi panduan menulis.

7. Konsisten menulis. Practice makes perfect.

-------------------------------

Saya memilih untuk belajar menulis dengan lebih sistematik dan konsisten melalui Kelas Asas Blog Online.

Memang saya biasa menulis di blog sejak tahun 2002 tetapi penulisan saya sekadar untuk kenangan.

Kini penulisan saya lebih fokus kepada artikel berfakta (bukan fiksyen) dan berkongsi pengalaman sebagai ibu bekerja di rumah dan berbisnes online.

Melalui kelas ini, saya lebih bersemangat dan menjadikan blog sebagai platform untuk saya melatih diri menulis.

Berminat untuk jadi penulis?

Mulakan menulis di blog. Sertai Kelas Asas Blog Online.

Pendaftaran bagi bulan Mac 2017 masih dibuka. Hanya tinggal 9 tempat sahaja.

Berminat, boleh daftar kelas dengan Whatsapp ke 0194603094 segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...