Terima Tawaran

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, selesai hantar 2 artikel. Terlambat sedikit daripada deadline, apa nak buat, anak-anak dan diri sendiri kurang sihat minggu lepas.

Syukur awal tahun ini, Allah beri lebih peluang menulis. Tawaran menulis datang daripada seorang editor sebuah laman web informasi yang agak terkenal juga di Malaysia. Saya terus saja terima tawaran tersebut sebagai latihan dan pendedahan awal saya sebagai penulis.

Rezeki ini saya langsung tak duga. Tapi saya anggap inilah rezeki anak. Saya baru sahaja habis pantang waktu itu.

Mahu menulis, selain menjana pendapatan, dapat juga berkongsi maklumat dengan orang lain.

Selagi maklumat yang dikongsi bermanfaat, tulis sahaja biarpun sepatah dua. Kita tak tahu siapa yang akan mendapat kebaikan daripada hasil tulisan kita itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...