Sebab Utama Saya Pilih ABDR

Teks: Hifzaila Hafni

Saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah pada awal tahun 2014.

Matlamat saya ketika itu, mahu memperkasa penulisan blog dan mahu menjana pendapatan melalui penulisan. Saya sebenarnya dalam rangka menyiapkan diri dengan kerja sambilan atau dalam erti kata mencari peluang menjana pendapatan pasif pada waktu itu.

Rancangan saya, mahu resign dengan ada kerja sambilan jika Allah takdirkan saya mengandung pada tahun tersebut.

Alhamdulillah, memang saya disahkan mengandung dan akan bersalin pada Mac 2015. Bila mengetahui berita ini, saya semakin nekad untuk resign. Tambahan pula, fokus saya di tempat kerja makin berkurang dan perjalanan dari rumah ke pejabat setiap hari adalah amat memenatkan, membuatkan saya fikir resign adalah jalan terbaik.

Saya mula serius berfikir apakah kerja yang saya boleh lakukan di rumah. Saya perlu bermula seawal mungkin. Lagi lambat saya mula, lagi lambat mahu melihat hasilnya. Apatah lagi saya ini belum pernah melakukan apa-apa kerja di rumah selain menulis, mengedit dan menterjemah teks pendidikan sahaja. Tapi disebabkan masalah bayaran yang diterima tidak tetap, dan tawaran kerja juga tidak selalu ada memerlukan saya ada kerja sambilan lain.

Saya sudah serik mahu bergantung kepada sumber kerja freelance sahaja. Pengalaman semasa menjadi wahm sewaktu menjaga anak pertama mematangkan saya. Saya perlu cari pendapatan lain selain menjadi freelancer.

Bila saya cari di internet, saya terjumpa blog Puan Zaila Mohamad. Berkali-kali saya baca dan hadamkan tentang ABDR di blog beliau.

Sejak itulah saya memasang niat mahu mendaftar Kelas Asas Blog Online yang dijalankan melalui beliau selaku Guru Online. Sejurus saya terima bayaran freelance, saya terus emel beliau dan mendaftar kelas.

Kelas online yang dijalankan mengikut modul Akademi Bekerja Di Rumah ini pada waktu itu menawarkan beberapa pakej. Saya memilih pakej kelas RM180 dengan bonus 3 ebook.

Ada juga pakej yang bermula serendah RM150. Jadi usah risau, pilih pakej yang sesuai dengan diri masing-masing ya.

Baiklah, dalam banyak-banyak program atau bisnes di Facebook dan internet, saya tertarik untuk menyertai BDR.

Mahu tahu sebabnya?

Baca dalam entri seterusnya 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...