Sebab Utama Saya Pilih ABDR (Sambungan)

Teks: Hifzaila Hafni

Baiklah, saya senaraikan satu persatu kenapa saya akhirnya memilih untuk bersama dengan Akademi Bekerja Di Rumah:

1. Nama akademi sangat dekat dengan saya. Sangat straight forward dan benar-benar menggambarkan niat saya.

2. ABDR menawarkan peluang yang saya cari. Saya memang biasa menulis blog. Sejak awal tahun 2000 lagi. Disebabkan saya kurang minat bisnes, niat saya cuma mahu jana wang melalui penulisan di blog sahaja. Jika sebelum ini saya menulis sekadar untuk menyimpan kenangan, saya mahu blog menjadi platform saya meraih pendapatan bila saya mula bekerja di rumah nanti. Saya sertai ABDR untuk tujuan itu, setelah melihat Puan Zaila telah berjaya melakukan demikian.

3. Kelas dijalankan secara online sahaja, melalui group Facebook. Juga antara faktor yang menyebabkan saya tidak berbelah bagi untuk mendaftar. Saya tiada masa untuk ke kelas offline. Dan kelas online juga antara kelebihannya nota kelas boleh diakses bila-bila masa. Pada waktu itu, kelas online agak 'rare', sukar juga mahu faham konsep pada awalnya. Namun setelah difikirkan, baiklah saya hadir kelas online daripada tidak ke mana-mana kelas langsung.

4. Jemaah dalam ABDR kebanyakannya adalah wanita. Saya berasa agak selesa dikelilingi mereka yang sama keadaan dengan saya. Mempunyai niat yang sama, berkongsi harapan yang sama. Juga turut berkongsi masalah yang lazimnya sama sahaja. Jadi tiada rasa keseorangan dalam akademi. Saling menyokong dan membantu.

5. Ahli-ahli dalam ABDR terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan. Begitu juga dengan pengalaman sama ada dalam bidang bisnes atau penulisan. Pengasasnya sendiri adalah bekas wartawan Karangkraf, dibarisi oleh guru-guru online yang mempunyai latar belakang bisnes, menulis buku dan wartawan majalah. Masing-masing dapat berkenalan dan menambah jaringan bisnes dan kenalan.

---

Mahu menyertai keluarga besar ABDR?

Boleh terus Whatsapp saya di 019 460 3094 untuk sebarang soalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...