Menulis Tajuk yang Kita Suka (12/44)

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Antara perkara yang seronok bila menulis artikel ni, saya juga banyak belajar benda baru. Baik melalui pembacaan mahupun melalui perkongsian dengan rakan FB.

Ya, FB jika digunakan dengan betul, sebenarnya banyak manfaat. Cuma itulah kadangkala boleh terleka juga. Maklumlah FB ni macam-macam ada! Hehe

Baru-baru ini saya bertanya rakan FB tentang makanan Indonesia yang mereka suka. Respon yang saya terima agak menggalakkan. Input yang saya dapat juga memberangsangkan.

Barulah saya tahu banyak makanan-makanan Indonesia yang sedap yang menjadi kegemaran orang Malaysia.

Tak kurang juga yang berkongsi nama makanan yang pertama kali saya dengar!

Bandeng presto.
Tahu jengrot.
Wedang jahe.
Tempe bacem.

Menarik sungguh.

Melalui penulisan, kita dapat belajar budaya lain. Bak kata editor saya, kongsilah perkara yang saya sendiri mahu tahu. Begitu.

=============================

Kelas Asas Blog Penulisan (Online) Sesi Mac 2017 kini dibuka.

Hanya 10 tempat setiap sesi.

Terdapat 5 pakej kelas untuk dipilih. Bonus ebook untuk setiap pendaftaran.

Kelas dibimbing oleh bekas wartawan majalah Mingguan Wanita, yang kini bekerja sepenuh masa di rumah.

Untuk mendaftar, boleh Whatsapp terus ke 0194603094.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...