Kelegaan Seorang Suri Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Baju siap dicuci dan dijemur di ampaian, alhamdulillah panas pagi ini.

Makaroni goreng tersedia sebelanga untuk sarapan dan mungkin juga makan tengah hari anak-anak.

Gulai kentang juga sudah siap seperiuk.

Nasi sudah siap ditanak.

Ummi juga sudah selesai sarapan nasi goreng ikan bilis, menghabiskan lebihan nasi sejuk semalam.

Selesai urusan dapur, baru duduk sekejap meluruskan pinggang, anakanda bongsu sudah memanggil.

Ummi jeling jam dinding, jarum jam menunjukkan angka sembilan.

Memang dah sampai waktu bangunnya.

Meraikan si kecil, 10 minit kemudian anakanda tengah pula menyusul bangun.

Alhamdulillah pagi Jumaat, urusan dapur dan baju sempat disudahkan sebelum anakanda bangun.

Bolehlah ummi merempit menulis nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...