Jimatkan Waktu Memasak dengan Makanan Disejuk Beku (10/44)

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah semalam tercapai juga niat mahu sediakan makanan sejuk beku untuk kegunaan hari bekerja.

Sebelum ni asyik tertangguh sahaja dek pelbagai kekangan. Bila ada kesempatan semalam, terus buat dan siap tiga menu untuk tiga hari 😊

Menu yang saya siapkan bukanlah bombastik pun, sekadar ayam goreng, kari ayam dan sup ayam berempah.

Ayam goreng yang siap diperap garam kunyit dan sedikit rempah ratus. Kari ayam dan sup berempah dimasak pekat.

Semuanya dibekukan.

Tinggal sahaja, sewaktu mahu guna, keluarkan dari peti sejuk, nyah beku seketika, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air untuk kuah. Didihkan dengan api kecil dan tambahkan garam. Sedia dihidang dalam 10 minit, insya Allah.

Menjadi suri rumah juga sama sibuknya dengan suri bekerja bila ada anak kecil dan turut bekerja dari rumah. Bila dapat menjimatkan masa memasak dengan cara begini, tidaklah terkejar-kejar di dapur.

Semoga dapat istiqamah begini untuk hari-hari seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...