Gembira yang Kecil

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi suri rumah yang berniaga kecil-kecilan, dapat 1 transaksi jualan sehari pun dah rasa nak lompat bintang.

Alkisahnya, 2 malam lepas saya terima mesej seorang pelanggan mahu beli ebook. Dia tanya, terus setuju nak beli dan buat bayaran sejurus selepas itu. Berbeza dengan kebanyakan pelanggan, yang biasanya saya perlu follow up.

Dek terujanya saya dan kagum dengan kesungguhan pelanggan tu, esoknya saya berkongsi ebook-ebook yang kami ada di ABDR di Facebook.

Ada seorang rakan Facebook, kami baru sahaja ber'friend'. Saya yang add beliau beberapa hari lepas, dan sudah di'approved'.

Tak dijangka, semalam semasa saya sibuk mengemas rumah sebab adik beradik nak datang, masuk mesej daripadanya.

Dia bertanyakan ebook-ebook ini.

Kemudian terus juga buat bayaran selepas menyatakan tajuk ebook yang mahu dibeli.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Rezeki tak diduga. Mudah sungguh pula, Allah aturkan.

Dapat jualan, memang rezeki. Dapat pelanggan yang mudah urusan, jua rezeki.

Saya doakan semua yang membeli ebook ABDR ini mendapat banyak manfaat.

Salam Jumaat.

=================

Promo Pakej 3 Ebook pada RM50 masih berjalan sepanjang bulan ini.

Whatsapp ke 0194603094 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...