Bukan Super Mom (13/44)

Teks: Hifzaila Hafni

Awal-awal berhenti kerja dulu, ada juga niat nak jadi 'super mom'. Semua nak buat dan rasa semua kerja boleh buat.

Suri rumah, kerja freelance, bisnes.

Tapi bila asyik menekan diri dan dok set minda rumah kena kemas, dapur kena bersih, hari-hari kena masak sedap untuk keluarga, kain baju semua siap berlipat bergosok -- saya jadi sangat stres.

Ya. Menjadi suri rumah tak bermaksud rumah anda sempurna. Tapi ada saja yang ok. Tapi bukan saya! Hehe

Saya mula belajar menerima yang anak-anak saya sedang membesar. Banyak bermain dan meneroka. Di dalam rumah kecil kami inilah syurga mereka. Kalau dalam ruang ini pun saya larang mereka bermain, bagaimana mereka nak berkembang?

Sudahlah jarang keluar rumah, dalam rumah pula dilarang itu ini.

Jadi, bagi hal yang tidak begitu penting, saya tutup sebelah mata sahaja. Atau yang boleh ditangguhkan, saya tangguhkan dahulu.

Saya sudah tak kisah tak menjadi super mom. Penat. Janji yang mana perlu, dicukupkan.

Saya pernah terkena migrain dan baru-baru ini juga hampir diserang sekali lagi. Saya memang serik sebab saya tak mampu buat apa-apa bila jadi begitu. Suami pun terpaksa ambil cuti.

Sebab itulah, asalkan anak saya ada makanan untuk dimakan, janji mandi, ada pakaian bersih dan siap berbasuh sudah memadai.

Tak jadi super mom pun tak mengapa lah, tak sanggup rasanya. Tapi saya memang kagum dengan ibu yang super. Dan saya suka baca kisah mereka sebagai inspirasi.

Anda bagaimana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...