Bisnes Homestay (11/44)

Teks: Hifzaila Hafni

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nampaknya bisnes homestay dah makin berkembang.

Kalau dulu, homestay banyak guna rumah kampung yang dah tak diduduki atau rumah teres yang dah tak duduk tapi taknak jual. Sekarang ni, ada orang memang beli rumah untuk dijadikan homestay.

Memang masyuk juga bisnes homestay ni, kalau kena caranya.

Saya pernah juga bersembang dengan salah seorang pengusaha homestay, katanya nak jadi tuan rumah homestay ni, kena rajin dan sabar. Rajin nak kena kemas rumah lepas penyewa dah keluar. Bukan semua penyewa pandai kemas ye. Dan sabar dengan kerenah penyewa yang pelbagai, di samping sabar menjaga rumah kita yang diduduki orang.

Homestay pun nak kena jenguk dan jaga selalu. Tak boleh tinggal macam tu aja. Daun-daun kering ke lalang ke, kena la bersihkan baru sentiasa nampak homestay kita 'presentable'. Orang nak duduk pun selesa.

Ada orang lagi suka duduk di homestay berbanding hotel. Dari segi kos, ada homestay yang harganya lebih murah. Nak duduk pun selesa macam rumah sendiri, ini kalau homestay yang sediakan banyak fasiliti lah ya.

Ada juga homestay yang jenis besar dan luas, siap boleh jadi tempat program contohnya family day.

Bagi yang ada homestay, jangan lupa iklan dan promosikan supaya orang mudah cari. Letak papan tanda depan homestay berserta nombor untuk dihubungi pun bagus.

Atau kalau nak beriklan secara online, ada satu blog direktori homestay, Senarai Homestay Malaysia. Boleh masukkan gambar homestay, lokasi, kemudahan yang disediakan di homestay, serta landmark yang berhampiran.

Berminat untuk meletakkan iklan homestay anda di direktori ini, boleh terus Whatsapp ke 0194603094 untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...