Bisnes Dropship untuk Suri Rumah (9/44)

Teks: Hifzaila Hafni

Bermula 2016, saya memulakan satu lagi 'kerja' sebagai ejen dropship buku.

Disebabkan minat membaca dan suka pada buku membuatkan saya terpaksa tambah satu lagi cabang kerja hehe.

Menjadi sebahagian daripada syarikat menjual buku online yang agak besar di Malaysia, saya sangat enjoy lakukannya dan alhamdulillah masih bertahan hingga kini. Saya turut mendaftar sebagai ejen dropship dengan salah satu syarikat penerbitan tersohor di Malaysia juga.

Alhamdulillah, kini saya adalah ejen dropship untuk dua 'syarikat' dan jika diizinkan Allah, mungkin akan bertambah satu lagi tahun ini, dengan institut yang menjalankan kerja terjemahan pula.

Kenapa saya pilih bisnes dropship?

1. Saya tak perlu keluar rumah untuk menjual atau mengurus stok.

2. Saya tidak punya modal besar untuk sediakan stok sendiri.

3. Saya sukar untuk gerak keluar rumah dengan anak-anak kecil melainkan dengan suami. Jadi urusan ambil stok atau pos akan mengambil masa lebih lama atau sukar.

4. Saya tak perlu fikir tentang proses pembuatan dan pengeluaran produk.

5. Menjadi ejen dropship dengan syarikat besar, lebih mudah kerana sudah dikenali dan banyak bantuan daripada mereka (bantuan bahan promosi, tawaran diskaun).

Bisnes dropship adalah bisnes yang rendah modal dan risiko. Suri rumah yang mahu bermula jana wang sendiri, boleh cuba mula dengan jadi ejen dropship dahulu.

Sudah mantap menjadi ejen, boleh upgrade kepada stokis pula. Bisnes boleh berkembang dengan hanya bermula sebagai ejen dropship.

Selamat mencuba!

---

Sebarang pertanyaan tentang Kelas Asas Blog Penulisan, pembelian ebook dan Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah, boleh hubungi saya:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Facebook: Hifzaila Hafni
Instagram: @zaila.h
SMS/Whatsapp: 019 4603094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...