Bertindak dengan Apa Yang Ada

Teks: Hifzaila Hafni

Lega rasanya dapat hantar dua lagi artikel kepada editor.

Mencabar sungguh mahu siapkan, dengan kiri kanan depan belakang jenuh dengan kerenah anak-anak. Mujur sahaja semua kerja menulis boleh dilakukan dengan telefon pintar.

Suami bermurah hati belikan SD Card dengan 16Gb storan sedangkan saya minta hanya 8Gb sahaja, setelah saya khabarkan tentang kerja yang saya terima ini. Alhamdulillah dengan ruang storan lebih besar, saya dapat muat turun beberapa aplikasi yang membantu kerja penulisan saya serta boleh menyimpan lebih banyak imej dan gambar.

Biarpun sedikit terkial-kial, namun lama kelamaan, sudah agak biasa.

Saya mula menulis dan simpan maklumat awal di Google Keep. Kemudian dikembangkan idea dan langsung menulis. Seterusnya saya copy paste ke Microsoft Word (aplikasi untuk Android) dan lakukan beberapa suntingan lagi jika perlu. Seterusnya, simpan dokumen dalam bentuk .docx dan .pdf, dalam SD Card dan emel.

Setakat ini, selesa begitu. Yang pasti kerja harus jalan dan selesai biar apa caranya. Walaupun ada ketika saya berasa sukar tetapi mengenangkan kepercayaan orang pada saya serta itulah titik permulaan saya menulis dan mendapat 'gaji' bulanan -- membuatkan saya perlu teruskan.

Buat masa ini, saya belum mahu fikir tentang menulis atau terbit buku sendiri, saya hanya mahu skil menulis saya diperkemas dan dipertajamkan.

Selain mahu konsisten menulis di blog, dan berkongsi tentang buku-buku.

Biar kecil tapi berimpak tinggi. Mudah-mudahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...