Raikan Kegembiraan Walaupun Kecil

Teks: Hifzaila Hafni

Raikan yang kecil untuk peroleh yang lebih besar.

Betul, raikan kejayaan atau kegembiraan yang kecil dahulu, dan syukur. Doakan semoga selepas ini yang kecil-kecil itu berkembang besar.

Sebagai seorang yang berniaga online, walaupun ada yang sekadar bertanya atau minta pm pun saya dah rasa gembira. Apatah lagi kalau berjaya close sale, memanglah itu kegembiraan berganda, walaupun komisen tidaklah sebesar mana.

Kenapa saya rasa begitu?

Rupanya ada juga yang sudi singgah blog saya seterusnya berminat dengan produk yang saya niagakan. Atau mungkin mereka mencari sesuatu produk di Google dan terjumpa blog saya. Mungkin juga kesan beriklan di FB page atau Instagram.

Dari mana sahaja pelanggan yang datang, saya cuba meraikan sebaik yang saya mampu. Mereka sudi menyapa, walaupun pada akhirnya tidak berjaya close sale pun tidak mengapa, mungkin rezeki di masa akan datang. Atau dari kenalan-kenalan mereka. Allah Maha Tahu.

Dan hari ini, saya sangat gembira ada kawan yang ingin memesan dendeng daging dan sambal kentang. Juga pelanggan baru yang tidak dikenali ingin membeli pakej ebook 44 Hari Berpantang Tradisional & Moden serta 44 Resipi Berpantang Tradisi Melayu. Termasuk bekas guru kolej saya yang ingin memesan kuih raya dan juga berhasrat untuk mencuba pes perencah segera jika saya betul-betul serius mahu menjual (saya perlu mengasah bakat dan kemahiran memasak dahulu). Dan kawan pejabat lama yang menambah pesanan kuih raya.

Begitulah kegembiraan orang yang berniaga online macam saya. Biarpun sedikit, syukur dan insha Allah akan ada rezeki lebih banyak.

Hifzaila
Ejen dendeng daging, sambal hitam dan sambal kentang

Follow IG @hifonlinestore

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...