Bidang Kerja yang Sesuai untuk Suri Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Perlukah suri rumah 'bekerja'?

Suri rumah pada zaman sekarang amat berbeza berbanding dengan suri rumah zaman dahulu. Dari segi peluang, pada saya suri rumah zaman sekarang terdedah kepada pelbagai jenis peluang, tinggal sahaja mahu merebut dan mencuba, atau tidak.

Dengan kemudahan online, banyak peluang yang boleh dipertimbangkan jika suri rumah tersebut benar ingin melakukan sebarang kerja yang bersesuaian walaupun hanya daripada rumah.

Antara bidang-bidang kerja yang sesuai untuk suri rumah bermula adalah:

1. Servis makanan
Bidang yang agak popular menawarkan pelbagai jenis peluang. Katering, bakeri, penghantaran, kuih-muih, sarapan, makanan ringan dan sebagainya. Boleh masak sendiri dan mengambil tempahan, boleh juga anjurkan kelas masakan, atau ada juga yang hanya menguruskan order dan promosi tetapi makanan dimasak oleh pihak yang telah dipilih. Bidang kerja ini boleh dilakukan di rumah sahaja.

2. Jahitan
Satu lagi bidang yang popular dalam kalangan suri rumah sejak dahulu. Sama juga seperti bidang makanan, bidang jahitan juga amat luas peluangnya. Jahitan pakaian dewasa dan kanak-kanak, langsir, cadar dan sarung bantal dan sebagainya. Juga boleh beroperasi hanya dari rumah. Kelas-kelas jahitan juga banyak ditawarkan selain menambah ilmu melalui tutorial di internet.

3. Penulisan
Bagi suri rumah yang minat menulis, boleh jadikan minat ini sebagai kerja di rumah. Boleh bermula di blog, dan kumpulkan hasil tulisan hingga menjadi buku. Untuk mengasah bakat menulis atau ingin menambah pengetahuan tentang ilmu penulisan, boleh sertai kelas penulisan dan follow orang-orang yang terlibat dalam industri ini untuk mengintai peluang yang ada. Kini, ramai orang mula menulis, biarpun suri rumah. Tak semestinya kita menjadi pakar sesuatu bidang, perkongsian pengalaman yang menarik juga boleh dijadikan bahan penulisan yang baik.

4. Bisnes online
Antara bidang yang popular dan banyak diceburi oleh suri rumah zaman kini. Peluang akses yang mudah dan pantas, serta menawarkan pulangan yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bisnes yang sering dilakukan secara online ada jualan tudung, barangan kesihatan dan kecantikan, pakaian dan gajet. Suri rumah boleh bermula sebagai agen dropship jika ada modal yang minimum. Seterusnya boleh menjadi pengedar dan pemborong setelah bisnes semakin maju.

5. Tuisyen
Suri rumah yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi (lepasan ijazah, master), boleh mencuba bidang tuisyen. Boleh tawarkan kelas tuisyen berdasarkan subjek yang anda kuasai. Kelas boleh diadakan di rumah sahaja dalam kumpulan kecil. Yang penting, tahu perkembangan pendidikan semasa dan sentiasa peka dengan keperluan pelajar zaman sekarang.

Ada banyak lagi bidang yang boleh dilakukan oleh suri rumah yang bersifat bisnes home-based. Yang penting, kenal pasti bidang yang anda pakar dan minati, fokus kepada bidang tersebut. Insha Allah, biarpun menjadi suri rumah, dapat juga menjana pendapatan sendiri.

_________________________

Ketahui banyak lagi bidang yang boleh diteroka melalui EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.

Ebook hasil tulisan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah dan merupakan bekas wartawan Karangkraf, yang kini menjadi penulis sepenuh masa.

Ebook setebal 200 muka surat ini berharga RM30 sahaja.

Penbelian boleh dilakukan dengan Whatsapp ke 019-460 3094 dan link ebook akan diemel dalam tempoh 24 jam setelah bayaran diterima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...