Realiti Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Sudah hampir setahun sejak saya serahkan surat berhenti kerja kepada majikan. Ini juga bermakna umur anak saya juga mencecah 1 tahun kerana saya berhenti kerja sebelum melahirkan anak kedua saya.

Sepanjang setahun ini, alhamdulillah hidup sedikit tenang. Walaupun tidak bergaji tetap seperti sebelum ini tapi jiwa saya lebih tenteram. Dulu, saya perlu keluar rumah seawal 6.30 pagi dan pulang hampir 7 malam setiap hari. Perlu menghadap kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut walaupun jarak tempat kerja dari rumah tidaklah jauh sesungguhnya amat memenatkan.

Jadi, seronokkah bekerja di rumah? Antara seronok dan tidak.

- Seronok sebab kita punya LEBIH MASA di rumah untuk urus keluarga.
- Seronok juga tak perlu mengadap JEM setiap hari.
- Seronok berpeluang JAGA ANAK sendiri.
- Tak perlu fikir untuk ambil CUTI

Yang tidak?

- Tiada lagi WAKTU MAKAN yang aman
- Kadangkala stuck dengan RUTIN SAMA setiap hari
- Perlu HATI KENTAL untuk hadapi kerenah anak-anak
- Perlu BERKOMPROMI dengan jadual kerja akibat pelbagai gangguan

Yang seronok dan tidak ini bagi kes saya sahaja. Ibu lain mungkin lain cabarannya. Saya tidak mengatakan bahawa bekerja di rumah sentiasa indah, kesemuanya juga adakala disebabkan kelemahan saya sendiri. Namun, jika ditanya adakah saya akan bekerja semula, jawapan pada masa ini adalah TIDAK. Masa hadapan saya tak tahu.

Realitinya, bekerja di rumah amat menuntut DISIPLIN yang tinggi. Sama juga seperti bekerja pejabat, cuma kadangkala kita mudah kalah dengan anak-anak. Hati ibu, kan. Anak membesar hanya sekali.

Walau bagaimana pun, kerja tetap juga kerja. Hati ibu bekerja di rumah harus KUAT DAN CEKAL. Niatkan untuk bantu ekonomi keluarga. Insha Allah dipermudahkan.

Juga tambah ilmu dan isi masa dengan banyak membaca. Contohnya ebook-ebook dalam pakej promosi ini. Isikan CONTACT FORM di sebelah kanan blog ini kalau nak Beli dan Baca ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...