Mula Bisnes Modal Rendah Melalui Sistem Dropship

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Antara dilema suri rumah yang ingin jana pendapatan di rumah adalah MODAL. Kita sering dengar untuk memulakan apa jua bisnes memerlukan modal yang besar. Kita perlu ada stok barang dahulu baru boleh berbisnes.

Tapi benarkah begitu?

Sebahagiannya BENAR. Ya, berbisnes perlukan modal. Tapi nasihat sifu-sifu bisnes, jika baru nak bermula, mulakan dengan modal yang RENDAH. Jadi risikonya juga rendah. Apa jua yang berlaku, kita tak kerugian besar. Dan dalam masa yang sama, kita belajar selok-belok berbisnes.

Saya mahu fokus kepada menjadi EJEN DROPSHIP. Yang mana kaedah ini adalah sesuai bagi mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bisnes. Selain suri rumah, suri bekerja juga boleh lakukan secara sambilan untuk mendapat pendapatan tambahan.

Bagi saya sendiri, saya juga lebih senang memilih menjadi ejen dropship, selain hanya perlukan modal yang rendah, sistem ini juga tak memerlukan anda untuk MENYIMPAN STOK DAN URUS PENGEPOSAN. Urusan ini akan dilakukan oleh pihak yang menawarkan dropship sahaja. Jadi, tiada masalah lambakan stok atau keperluan ke pejabat pos untuk penghantaran.

Apa yang perlu bagi seorang ejen dropship adalah menjalankan kerja-kerja PROMOSI dan MENGAMBIL ORDER DAN BAYARAN.

Dari mana datang untungnya? Daripada KOMISEN yang dikumpul. Bagi setiap item yang terjual, ejen akan mendapat komisen. Nilai komisen bergantung kepada jenis item. Semakin banyak item dijual, semakin tinggi komisen yang dapat.

Menjadi ejen dropship sebenarnya mudah untuk mereka yang menghadapi banyak kekangan. Kekangan pengangkutan (sukar COD, ke pejabat pos), masa (bekerja full time, suri rumah dengan anak kecil), atau modal (perlu modal minimum bergantung kepada pemberi dropship). Yang penting anda giat dan rajin buat promosi dan ambil order.

Antara sistem dropship yang sering dijalankan sekarang adalah menjual buku, makanan kesihatan, pakaian (baju, tudung, cadar, kain), gajet dan makanan.

Anda boleh pilih yang mana anda suka dan mulalah berniaga!

Dalam entri seterusnya nanti saya akan kongsikan peluang dropship bagi mereka yang ingin mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...