Suri Rumah Juga Perlukan 'Me Time'

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google
 
Bismillah.

Terbaca mesej Ibu Rose tentang 'me time' untuk ibu-ibu, membuatkan saya terfikir sendiri.


Kredit: mywondermum.com

Apakah 'me time' ini sebenarnya?
Boleh dikatakan sebagai masa untuk kita bersendirian, berehat daripada rutin harian, bercuti sekejap, atau mengambil masa melakukan perkars yang disukai atau yang menenangkan. Untuk suri rumah, mungkin 'me time' nya boleh jadi tidur tanpa gangguan walaupun sebentar, boleh masuk bilik air dengan tenang atau makan dengan aman dan tenang biarpun hanya sekejap. Setiap orang ada pilihan 'me time' nya sendiri.

Pentingkah 'me time' ini?
Penting, pada saya. Seperti kata Ibu Rose, ibu juga manusia dan manusia perlukan rehat. Menjadi suri rumah, kerja berjalan 24 jam. Dalam tempoh itu jika mesin yang bekerja pun boleh tersangkut apa lagi manusia. Ambil masa rehat sebentar dan recaj selepas itu.

Bagaimana suri rumah nak cari ruang 'me time'?
Menurut Ibu Rose, sebenarnya bukanlah tiada masa cuma mungkin ibu-ibu belum pandai menyelitkan sedikit masa untuk 'me time' masing-masing. Dalam 24 jam sehari, mesti ada ruang masa yang boleh dicuri sedikit untuk beri ruang kita berehat. Contohnya beliau, ambil masa bertenang sekejap dalam kereta sebelum bergerak ke destinasi. Kalau saya, dapat tidur dengan aman tanpa gangguan pun dah memadai (tidur sewaktu anak-anak tidur). 

Ada cadangan untuk 'me time' ini?
Lain orang, lain 'me time' nya. Antara lain, mungkin boleh siapkan anak dahulu (dah makan, dah mandi) kemudian ibu dapat makan atau mandi dengan tenang dan aman. Sesekali mungkin boleh ke salon atau spa untuk memanjakan diri. Satu lagi yang boleh dilakukan, kalau saya, letak anak-anak di bilik mainan dan biar mereka leka bermain; waktu itu saya boleh guna masa membaca atau buat kerja freelance/bisnes sekejap. Saranan Ibu Rose, banyakkan berfikir positif dan kurangkan mengeluh dan merungut. Fokus kepada kegembiraan dan banyakkan berdoa. Beliau juga amat menggalakkan solat malam - jalan keluar paling mujarab untuk tenangkan hati. 



Tidaklah kejam untuk ibu ambil masa untuk diri sendiri. Sekadar berehat sebentar, ambil masa bertenang dan caj kembali tenaga, insha Allah selepas itu ibu akan bertenaga semula. 

Bertabahlah!

Salam inspirasi,
Hifzaila

----------------------------------------------------------------

BUNTU NAK TETAPKAN JADUAL HARIAN DI RUMAH?

NAK TAHU TIPS PENGURUSAN MASA YANG EFISIEN DENGAN BEKERJA DI RUMAH?

BAGAIMANA CARA NAK BAHAGIKAN MASA BEKERJA DAN URUS RUMAH TANGGA?




JAWAPANNYA ADA DALAM EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM!


Harga ebook: RM25

(PERCUMA dengan pendaftaran mana-mana Kelas Asas Blog)

Untuk pembelian ebook, boleh terus hubungi:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
SMS/Whatsapp 019-460 3094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...