Pengalaman Temuramah Majalah

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, semalam berpeluang untuk hadir ke studio Karangkraf, untuk sesi photoshoot dan temuramah untuk salah satu majalah terbitan mereka. Sememangnya pengalaman baru dan indah buat saya, juga sangat bersyukur urusan semalam berjalan lancar dan berjumpa pula dengan orang-orang yang peramah semuanya. Rezeki juga tu kan.

Terima kasih sebanyaknya pada pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad yang membuka peluang ini. Seterusnya pada Puan Netty Ah Hiyer, wartawan majalah Mingguan Wanita yang mempertemukan saya dengan editor majalah Keluarga, Cik Khairun Nisa.

Temujanji ditetapkan pukul 10 pagi, bergeraklah kami satu keluarga ke Karangkraf. Mujur dekat sahaja dengan rumah, dalam 20 minit dah sampai. Sesampainya kami, parking di dalam dah penuh, terpaksa parking di luar. Maklum saja keesokannya akan bermula Karnival Karangkraf. Masa tu berharap anak-anak ok sahaja kena tinggal dengan abahnya dalam kereta, di luar pula. Dan sangat berharap Faheem tak banyak ragam, sebab saya mungkin akan tak ada bersamanya selama 2-3 jam. Alhamdulillah, laporan daripada abahnya selepas saya selesai urusan, dia ok sahaja 😊

Melangkah masuk ke bangunan Karangkraf buat pertama kali, seronok! Dinding lobi penuh dihiasi majalah-majalah terbitan mereka. Sebenarnya, cita-cita masa dulu, inilah dia. Nak jadi wartawan surat khabar atau majalah. Tapi rezeki jadi editor buku sekolah. Kira hampir la tu kan, ok lah tu. Alhamdulillah.

Di lobi kemudiannya, Cik Nisa datang dan membawa saya ke studio. Nak sampai ke studio tu, lalu beberapa editorial unit - yang membuatkan saya kagum. Ramainya! Ok, ofis saya tak ada level editorial seramai itu jadi saya jadi terkesima sekejap. Dan seterusnya saya di bawa ke bilik mekap.

Sebab make up artist masih mekap orang lain, jadi Cik Nisa temuramah saya dahulu sehinggalah make up artist dah selesai.

Saya dimekap oleh Kak Mas (mendengar semua orang memanggilnya begitu). Sentuhannya memang cantik, muka saya berubah 180 darjah. Saya suka mekapnya. Itulah sentuhan make up artist yang berpengalaman lebih 20 tahun. Merasa jugalah saya bermekap, selepas kali terakhir saya mekap sewaktu nikah 4 tahun dulu.

Selesai mekap dalam 40 minit, saya dibawa ke studio untuk shooting. Dengan menggunakan laptop sebagai prop, memadai untuk menampilkan saya sebagai seorang sohomum. Shooting mengambil masa 15 minit sahaja tapi pengalaman berharga buat saya. Saya pertama kalinya berphotoshoot untuk majalah! Sebelum ini hanya berphotoshoot untuk simpanan peribadi sahaja. Tapi pengalaman yang ini, sangat mahal dan mengujakan.

Alhamdulillah. Setelah itu, urusan telah selesai dan saya pun dah boleh balik. Seronok sangat dengan peluang dan pengalaman ini. Rezeki bila berada dalam Akademi Bekerja Di Rumah.

Tunggu sajalah majalah ini keluar, insha Allah bulan Mei. Nanti saya kongsikan 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...