Tip Meredakan Marah Pada Anak

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi suri rumah, bersama anak-anak 24 jam sehari, tipulah kalau saya katakan saya tenang sepanjang masa.

Ada ketikanya semacam hilang sabar, maklumlah dengan kerenah anak-anak makin membesar, sukar juga nak mengawal perasaan.

Dengan hadirnya anak-anak syurga ini...

- di mana ummi ada, di situ mereka berkumpul
- di saat ummi buka laptop nak buat kerja, saat itu jua lah mereka nak tengok CD kegemaran
- di saat ummi sibuk di dapur, saat itu jua lah si abang buka tutup peti sejuk, si adik meneroka almari
- di waktu ummi cuba nak khusyuk solat, waktu itulah si adik meluru datang dan menarik-narik telekung
- di waktu ummi nak makan, waktu itu jua lah tiba-tiba si abang juga lapar

Pelbagai lagi ragam anak-anak sebenarnya. Memang memenatkan tetapi mereka membesar hanya sekali.

Saya, jika berasa nak marah sangat, saya tarik nafas je dalam-dalam. Kalau rasa marah sangat pada anak pun, saya simpan dulu dan cuba istighfar. Saya adakala cuba elak bercakap dengan dia sekejap - takut-takut saya terlepas cakap atau marah dengan lebih teruk lagi.

Satu tip yang saya pernah nampak kawan saya kongsikan di Facebook, masa rasa marah sangat pada anak tu, cakap begini "Ya Allah, jadikan anak ini anak soleh, jadikan anak ini anak soleh, jadikan anak ini anak soleh". Cubalah mana tahu dapat kurangkan marah kita.

Saya pernah cuba, alhamdulillah, berkesan juga. Bertenang sekejap. Dan lepas kita dah reda marah, cakap dengan dia baik-baik kenapa kita marah. Kalau anak saya, dia yang akan tanya, kenapa ummi marah...

Anak memang ada masa kena ditegur, perlu dimarah. Tapi berpada, mengikut tempat dan situasi.

Semoga Allah kurniakan kesabaran pada semua ibu bapa dalam mendidik amanah Allah ini. Sesungguhnya mendidik anak memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab yang besar.

Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...