Suri Rumah Mesti Pandai Masak?

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Benarkah menjadi suri rumah mesti pandai masak, dan masak mesti sedap?

Tak semua suri rumah pandai masak. Dan kalau masak tak semestinya sentiasa sedap. Yang penting MAHU dan RAJIN memasak. Bukannya perlu masak yang rumit, cukuplah sekadar yang kita mampu dan mudah. Juga yang menjadi kegemaran sekeluarga. Takkan setiap hari nak membeli di luar, sesekali tak mengapalah...tukar-tukar selera. Lagipun suri rumah, pada saya sangat baik kalau mampu masak sendiri. Jimat belanja, kebersihan terjaga. Makan pun lebih puas hati (kalau masakan menjadi hehe).

Saya mengaku saya kurang mahir memasak tapi saya SUKA memasak. Dan saya suka juga cuba resipi baru. Tambahan pula suami seorang yang suka makan dan sangat menyokong saya masak. Banyak buku dan majalah masak yang dibelinya. Dan setiap kali masak, dialah pengkritik utama untuk penambahbaikan. Biasalah memasak ni, ada juga fasa tak menjadi, hangit, terlebih masin, terlalu pedas, tawar... begitulah yang dikatakan pengalaman. Belajar dan terus belajar.

Bila dah jadi ibu, bertambah penting kena masak. Makanan homemade biarpun ringkas lebih baik untuk anak. Dan ibu lebih tahu apa yang ada dalam makanan anak sebab disediakan sendiri. Satu lagi yang baiknya, sambil masak sambil berdoa dan berzikir supaya dicukupkan rezeki dan diberkati.

Masak yang mudah tapi sedap dan tak perlu habis terlalu banyak masa di dapur. Kalau boleh biar setengah jam ke sejam sahaja tempoh memasak sehari. Sebab suri rumah jua ada urusan kerja lain. Apalagi yang berbisnes atau bekerja di rumah.

Memasak harus jadi rutin yang menggembirakan. Barulah masakan pun jadi sedap. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...