Solat Dhuha, Bukan Sekadar Menjemput Rezeki

Teks: Hifzaila Hafni

Bismillah.

"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu." (Riwayat Abu Dawud)

Selama ini, kita memang biasa dengar melazimi solat dhuha untuk memurahkan dan menjemput rezeki. Solat dhuha, boleh dilakukan sebanyak 2, 4 atau 8 rakaat, atau berapa sahaja rakaat yang anda mampu. Waktunya pula sejurus terbit matahari sehingga hampir masuk waktu Zuhur. Jadi, masanya agak panjang untuk kita cuba selitkan dalam rutin harian kita.

Beberapa hari sebelumnya, saya 'ter'tengok satu video yang dimuat turun oleh suami saya. Video slot Fattabiouni yang sering ditayangkan  di TV Al Hijrah. Sementelah kami yang ketiadaan tv di rumah ini, maka video begini lah menjadi peneman sekali sekala. Ada satu video yang bertajuk 'Solat Dhuha - Cara dan Kelebihannya'. Saya agak terpaku menonton episod ini, dan sememangnya amat terkesan. Rupanya solat dhuha bukan sekadar untuk menjemput rezeki - ia lebih daripada itu, jika difahami konteks sebenarnya.

Solat dhuha sebenarnya untuk menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah. Jika kita bersyukur, Allah akan tambah nikmatNya. Bukanlah untuk menjemput atau menambah rezeki semata-mata. Jadi, jangan pula rasa down atau kecewa bila kita rasa kita dah cukup banyak tunaikan solat dhuha tapi satu sale pun tak ada. Mungkin sebenarnya Allah bagi rezeki dalam bentuk lain yang kita tak sedar.

Cuba hayati intipati yang disampaikan. Saya rasa lebih jelas untuk kita fahami tentang solat dhuha dan cuba amalkannya. Ustaz ni cakap pun best dan senang faham dan terus masuk ke hati.

Semoga bermanfaat.


Salam inspirasi,
Hifzaila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...