Seronoknya Jadi Suri Rumah!

Teks: Hifzaila Hafni

Bismillah.

Seronok ya, jadi suri rumah?

Definisi seronok atau tidak bergelar suri rumah, terpulang kepada tuan empunya sendiri. Ada yang rasa seronok berada di rumah, dikelilingi anak dan urus rumah tangga. Tapi ada yang merasakan jiwanya sesuai berada di luar rumah. Tak kisah la mana-mana.

Bagi saya, seronok juga. Sebab saya jenis yang suka bekerja pada waktu fleksibel. Saya sebenarnya tak menjiwai kerja pejabat yang mengadap komputer atau rutin yang sama dari pagi sampai petang. Dulu masa muda belia, ok lah. Sekarang ni dah kurang menjiwai dah rutin kerja begitu. Kita bagi laluan orang yang kental dan tabah saja terus bekerja macam tu ya.

Seronok satu lagi sebab saya tak perlu fikir cuti. Suami kata nak ke mana-mana, saya ok saja. Maklumlah kerja saya banyak secara online saja. Kalau tiba hari check up anak pun, tak perlu fikir nak ambil time off atau time slip.

Tapi, dalam seronok tu, ada juga yang taklah seronok sangat. Suri rumah ni mungkin banyak masa sekitar rumah saja. Tak keluar ke mana pun. Tambah lagi saya yang ada anak kecil yang belum sekolah. Tak ada sangat keperluan untuk keluar. Bosan juga tapi kena pandailah hilangkan bosan tu dengan aktiviti dalam rumah atau sibukkan dengan kerja dan bisnes.

Satu lagi, kawan-kawan mungkin tak seramai masa bekerja. Yang ada pun boleh berhubung melalui Facebook dan Whatsapp lah. Kurang bersosial secara lahiriah. Secara maya sajalah. Cukuplah tu sebagai hiburan selain suara anak-anak.

Kesimpulannya, seronok atau tidak, terpulang kepada definisi masing-masing. Bagi saya, saya masih seronok buat masa ini. Biarpun berpeluh dahi dan ketiak seharian mengurus rumah tangga...

Salam suri,
Hifzaila Hafni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...