Review Al Rayyan Homestay, Bertam, Pulau Pinang




Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Homestay Malaysia

Bulan lepas, saya sekeluarga balik ke kampung agak lama untuk meraikan dan menguruskan majlis bertandang adinda saya. Disebabkan mak ayah saya dah tak ada, dan kami adik beradik pun semuanya bekerja dan menetap di Lembah Klang, jadi kami tiada penginapan tetap di kampung melainkan rumah saudara mara. Tapi saya lebih senang memilih homestay, abang saya memilih hotel atau hotel bajet untuk menginap bila balik ke kampung. Tak adalah menyusahkan saudara mara pula.

Masa balik kampung tempoh hari, saya pilih untuk menginap di Al Rayyan Homestay, Bandar Bertam Perdana 3, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Walaupun ada banyak pilihan homestay tetapi berdasarkan gambar yang saya dan suami perhatikan di FB page mereka, dekorasi rumah beserta kemudahan yang ada sangat menarik dan lengkap. Jadi kami pilih menginap di sini dengan bayaran RM150 untuk 1 malam.

Tuan punya homestay juga sangat peramah dan mesra. Mudah berurusan dengan mereka.

Kami sekeluarga menginap selama 3 malam, dan homestay tersebut sangat selesa. Hampir lengkap seperti di rumah sendiri. Begitulah konsep homestay yang sebenar, bukan? Pengalaman menginap seperti di rumah.

Jika anda mencari homestay di Kepala Batas, Pulau Pinang, saya memang rekomen homestay Al Rayyan ini.  (Saya tak dapat komisen pun untuk promote ni, cuma kongsi testimonial sebagai pengguna yang berpuas hati sahaja).

Boleh jengah blog homestay ini di SINI dan FB page mereka Al Rayyan Homestay jika ingin menginap ya.

Satu berita baik untuk para pengusaha homestay: Jangan lepaskan peluang beriklan dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), yang mana kami ada menyediakan satu direktori khas senarai homestay yang terdapat di Malaysia.

http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.my

Boleh hubungi saya dengan WHATSAPP 0194603094 untuk dapatkan slot iklan dengan bayaran yang berpatutan.

Nak emel pun boleh ke hifzaila.hafni@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau penempahan slot iklan.

Untuk melihat direktori lebih lanjut, di SINI.

Iklankan homestay anda! Luaskan sasaran pelanggan.


Untuk mengiklankan homestay anda, hubungi:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
019.460.3094



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...