Jadi Surirumah Sihat dengan Gerua Workout

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Menyahut seruan untuk menyingkirkan lemak-lemak degil tahun ini, selain jaga pemakanan (yang adakalanya sukar), saya masukkan rejim workout supaya badan lebih mudah bakar lemak dan terbentuk cantik (insya Allah).

Buat permulaan, saya mula dengan Gerua Workout, yang dikongsikan oleh Tuan Shai Samsuri, seorang coach fitness. Mudah sahaja dan workout yang dicadangkan saya kira sesuai untuk saya.

Nak baca lanjut cerita saya workout, di SINI ya.

Suri rumah, sebenarnya kalau tak workout dalam erti kata sebenar pun, seharian melakukan kerja rumah dan mengasuh anak juga kita berworkout secara tak langsung. Dukung anak, kemas rumah, menyapu, mengutip mainan dan lain-lain. Jadi suri rumah sepatutnya lebih kurus, ya tidak?

Misi kurus tahun ini masih terus. Kawal pemakanan, bersenam dan add on suplemen.

Kita semua boleh!

Salam inspirasi kurus,
Hifzaila Hafni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...