Ingin Mula Perniagaan Tapi Tiada Idea?

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Bismillah.

Nak jadi orang yang berilmu dan berpengetahuan luas, mahu tak mahu kita kena paksa diri membaca. Dan sudah tentu kena pilih bahan bacaan yang sesuai dan membangunkan minda dan kendiri. Elakkan membaca bahan yang negatif dan tidak berfaedah ya.

Bagi yang berbisnes, salah satu buku yang saya ingin cadangkan adalah Nota Jutawan Nota Perniagaan yang ditulis oleh Saudara Irfan Khairi, terbitan Telaga Biru.



Saya cuma nak kongsi satu topik dalam buku ini berkenaan 'Ingin Memulakan Perniagaan Tapi Tiada Idea'. 

Irfan Khairi (IK) menyarankan 2 tips berikut jika seseorang itu mengalami masalah di atas.

Tips #1: Cari Masalah

Dengan mengenal pasti masalah yang berlaku, kita dapat menawarkan jalan penyelesaian atau solusi kepada masalah tersebut dalam bentuk perniagaan. Perniagaan yang berjaya adalah yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.

Contoh masalah:
Nak kurus tapi tak boleh kawal nafsu makan

Penyelesaian:
Anda boleh tawarkan produk / tips perundingan cara untuk kurus yang MAMPU KAWAL NAFSU MAKAN. Pilihan makanan yang lebih sihat atau pengganti hidangan boleh dicadangkan kepada individu yang bermasalah begini.



Tips #2: Cari Peluang

Lihat di sekeliling anda dan perhatikan peluang perniagaan melalui masalah yang timbul. Salah satu caranya adalah dengan membaca akhbar atau berita. Akhbar lazimnya banyak melaporkan masalah. Mungkin anda dapat menjana suatu idea yang baik daripada pembacaan anda.

Contoh peluang:
Memberikan alternatif atau pilihan produk kosmetik / kecantikan yang bebas bahan terlarang dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Penyelesaian:
Tawarkan produk kosmetik atau kecantikan yang mempunyai latar belakang penyelidikan yang selamat dan semula jadi, dan telah DIUJI SELAMAT dan tiada kesan sampingan pada kebanyakan pengguna. Produk yang mempunyai track record yang bagus dan meyakinkan dan mengandungi bahan-bahan yang mengikut spesifikasi dan terbukti berkesan.


Sebenarnya, idea perniagaan ada di mana-mana. Bila kita pandai meneroka dan mencari peluang atau mengenal pasti masalah yang boleh menjadi perniagaan, insha Allah idea itu boleh berkembang.



Tukarkan masalah kepada idea!

Salam inspirasi,
Hifzaila



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...