FAQ Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Hifzaila Hafni

Memulakan blog sebenarnya tidaklah sukar. Tapi bagi sebahagian kita yang mungkin kurang mahir atau kurang terdedah kepada blog akan merasa menghasilkan blog adalah sesuatu yang BESAR dan MENCABAR.

Tapi, bagi yang sudah ada blog pula, mungkin nak KONSISTEN menulis itu yang dirasakan mencabar. Ada yang kata dah tak pandai nak karang ayat, takde idea nak menulis atau dah jemu.

Jadi sebenarnya, senang atau sukar berblog bergantung kepada individu. Tapi yang pasti, biarpun ada Facebook, Instagram atau lain-lain media sosial, BLOG tetap relevan untuk menyampaikan konten (terutamanya bagi yang berbisnes).

Kenapa?


1. Konten di blog akan kekal dan boleh dicari sepanjang masa melainkan blog ditutup. Dan kontennya mudah dicari dan dijumpai oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa.

2. Bakal pelanggan atau pelanggan mudah akses dan mendapat info tentang produk atau servis yang kita tawarkan dengan lebih terperinci. Nak cerita panjang lebar di blog pun tak ada masalah.

Itu antara kebaikan bagi orang yang berbisnes mempunyai sekurang-kurangnya satu blog. Umpama KEDAI ONLINE atau kedai maya kita lah ibaratnya.


Ok, saya nak buat blog, macamana ye?


1. Kalau di Akademi Bekerja Di Rumah, kami ada tawarkan pakej-pakej KELAS ASAS BLOG. Boleh pilih yang mana cikpuan suka mengikut keperluan atau kesesuaian cikpuan. Boleh lihat contoh pakej yang ditawarkan seperti di bawah. Pendaftaran pakej kelas terbuka sepanjang tahun.





2. Kalau sudah ada blog tetapi terbengkalai, boleh guna semula blog tersebut kalau mahu. Kami akan bagi panduan untuk anda teruskan dan jadikannya blog bisnes anda.

3. Kalau belum ada blog, dalam kelas akan dibimbing langkah demi langkah untuk cikpuan bina blog dengan lengkap. Guru online sedia membantu bila-bila masa.

Alamak, saya tak ada masa nak hadir kelas, macamana tu?


Cikpuan boleh daftar kelas online. Kelas ini akan dijalankan melalui group FB sahaja. Dengan waktu yang fleksibel, mengikut masa cikpuan sendiri. Siap satu  tugasan, cikpuan akan diberi tugasan seterusnya, hingga selesai. Tak perlu hadir secara fizikal atau berjumpa dengan guru online. Semua proses berjalan secara online sahaja. Selain FB, boleh juga melalui WhatsApp.

Tempoh untuk sesuatu tugasan untuk siap?


Terpulang kepada cikpuan. Cepat disiapkan, cepat blog tersedia.

Mesti kena bayar ni kan untuk kelas ni?


Dah tentulah, cikpuan. Akademi akan charge sikit, guru online dan pengurus online yang uruskan kelas-kelas ini pun kerja juga. Mereka juga guna tenaga dan masa mereka untuk pastikan kelas berjalan lancar dan setiap peserta mampu hasilkan blog yang diingini. Ilmu yang dikongsi dan diperturunkan juga bukanlah percuma. Guru dan pengurus online ini juga turut membayar untuk ilmu ini dahulu. Selain ilmu, cikpuan juga dapat berkenalan dengan kawan baru dan menyertai suatu jaringan (networking) yang besar dengan pelbagai latar belakang dalam Akademi.

Mahal la yuran kelas blog ini...


1. Cikpuan boleh pilih pakej yang cikpuan mampu, bermula daripada pakej asas serendah RM150. Percayalah dengan yuran (saya lebih suka panggil pelaburan) yang dikenakan, sebenarnya berbaloi dengan apa yang cikpuan akan dapat. Oh, untuk setiap pakej, cikpuan juga akan dapat bonus ebook-ebook berkaitan bisnes juga keahlian automatik menjadi Rakan Niaga Akademi.

2. Kami juga ada pakej mampu milik, yang mana cikpuan boleh pilih untuk buat bayaran yuran secara ANSURAN (2 kali bayar). Ini adalah kelonggaran dan peluang yang diberikan oleh Akademi untuk cikpuan yang bersungguh-sungguh dan amat berminat untuk sertai tetapi menghadapi sedikit masalah kewangan.

Saya tak sempat la nak pegi kelas tapi nak ada blog ni...


Kalau cikpuan takde masa nak sertai kelas, kami juga ada tawarkan servis buat blog. Cikpuan hanya beri semua butiran berkaitan dan Guru/Pengurus Online akan set-up satu blog untuk cikpuan. Insya Allah dalam tempoh 3-5 hari, cikpuan dah ada blog sendiri (selepas pembayaran penuh). Cikpuan juga akan dapat bonus ebook dan keahlian Akademi Bekerja Di Rumah.





Jadi, jangan risau. Nak buat blog dengan mudah, ada caranya. Jom berblog dengan kami di ABDR!

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang kelas blog, boleh hubungi saya ya.

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
SMS/Whatsapp: 019-4603094





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...