2016: Memperkasa Potensi Suri

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: photoportrays.com

Alhamdulillah. Kita sudah pun melepasi seminggu pertama di tahun 2016 ini. Semoga kita semua masih meneruskan azam dan menjadi lebih baik daripada tahun lepas ya.

Berkenaan blog ini, untuk ke sekian kalinya bertukar lagi tajuknya.




Saya pilih tajuk Jurnal Inspirasi Suri; saya kira sesuai dan lebih bertepatan dengan misi saya tahun ini untuk mencatatkan segala pengalaman dan berkongsi cerita saya sebagai ibu, isteri dan suri yang bekerja di rumah dan berbisnes online. Saya juga sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan ibu semua dalam menguruskan keluarga dengan lebih tenang dan gembira, menjadi suri yang mampu menjana pendapatan sendiri dengan hanya beroperasi di rumah.

Kisah dan entri berkenaan Tips Pemakanan Anak saya kompilasikan dalam satu kategori, akan diupdate dari semasa ke semasa. Mana mungkin saya tinggalkan bab ini, bab pemakanan anak sudah pasti amat dekat dengan seorang ibu, bukan? Saya tidaklah ahli dalam bidang ini cuma suka berkongsi pengalaman dan ilmu yang dapat daripada pembacaan.

Berbalik kepada 'blog' baru - semoga saya istiqomah update blog dengan semangat baru. Saya juga berblog di SINI, SINI dan SINI. Jangan lupa singgah dan komen ya!

Inspirasi datang dalam pelbagai cara. Inspirasi perlu untuk terus mara.

Tahun 2016, tahun memperkasa potensi suri.

Salam inspirasi,
Hifzaila Hafni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...