Promosi Ebook untuk Suri Bekerja dan Berbisnes

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Akademi Bekerja Di Rumah

Masih berbaki 2 hari untuk dapatkan ebook-ebook ini dengan HARGA PROMOSI!

Pada saya, ebook-ebook ini amat berguna dan bermanfaat bagi ibu yang bekerja (walaupun di rumah) untuk dapatkan idea berbisnes. Kalau sudah ada bisnes, bagaimana mahu mengembangkannya lagi.

Dengan penulisan yang santai dan mudah difahami, keempat-empat ebook ini amat berbaloi dimiliki dengan harga RM100 sahaja (biasanya ini harga untuk 2 ebook).

Ebook 1 - BELAJAR ASAS BLOG (Masayu Ahmad)



Ulasan oleh Nuraida Mohd Harith 

Ebook ini sangat sesuai dijadikan sebagai langkah permulaan bagi memasuki dunia blog. Ia berfungsi sebagai nota yang menerangkan pembelajaran dari segi teori bagi mempelajari asas membina sebuah blog. Ebook ini menekankan perkara penting yang harus diketahui bagi membina penjenamaan diri melalui blog.

Sebelum penjenamaan diri dapat dibina, beberapa maklumat penting diperlukan bagi membuat analisa. Antaranya ialah latarbelakang akademik, pengalaman dan kemahiran. Menerusi soalan analisa yang disenaraikan, pembaca diajak berfikir, mengenal dan menilai kelebihan yang ada pada diri bagi menonjolkan kemahiran yang ada dan menumpukan matlamat yang ingin dicapai.

Antara intipati penting yang ditekankan adalah pentingnya menggunakan nama penuh bagi email, blog dan facebook. Ia akan memberi impak penjenamaan yang lebih profesional.

Selain itu, Ebook ini juga mengupas tentang ciri-ciri blog yang disukai pembaca. Antaranya ialah blog mesti mempunyai fokus, konsisten dengan penulisan, santai dalam penyusunan perkataan, menjaga tips penulisan yang berpengaruh, berinformasi dan mempunyai pembaca sasaran. Ini amat penting supaya kita dapat mengumpul pembaca tetap, seterusnya mendapatkan kepercayaan dari pembaca. Apabila kepercayaan pembaca diperolehi, lebih mudah lagi kita untuk melangkah ke tahap seterusnya yang lebih tinggi iaitu menjana pendapatan melalui blog.

Melalui Ebook ini juga, kita dapat mempelajari gaya tips penulisan yang betul, kepentingan untuk tidak bercampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mengelakkan dari menggunakan bahasa pasar, kepentingan menggunakan ejaan penuh dan tanda bacaan yang betul serta menjaga tatabahasa asas. Kelebihan ini dapat membantu kita menyediakan blog yang mudah dibaca oleh pembaca, seterusnya membuka peluang untuk menambah bilangan pembaca setia sedia ada.

Ebook ini juga dapat membantu kita menajamkan lagi kemahiran penulisan. Dengan adanya kemahiran dalam bidang penulisan, kita boleh kembangkan lagi dengan memilih salah satu sebagai fokus utama kita sama ada entri penulisan, entri pengiklanan atau menerbitkan Ebook sebagai salah satu dari sumber untuk menjana pendapatan.

Kesimpulannya, Ebook ini merupakan sumber yang baik untuk dirujuk bagi mereka yang ingin belajar asas blog. Harganya yang berpatutan amat berbaloi untuk dijadikan sebagai pelaburan ilmu bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang penulisan dan ilmu menjana pendapatan melalui media secara percuma.


Ebook 2 - 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Arbee Ali 
(http://arbeeali.blogspot.my/2015/09/ulasan-ebook-10-langkah-mudah-bina.html)

Ebook Edisi 1


Tinta Pengarang

Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online 

Ia khusus untuk: 
① kumpulan yang mahu mula bisnes, 
② kategori bisnes di rumah atau skala kecil, 
③ yang mahu bisnes dengan apa yang ada yakni minat dan kemahiran sedia ada, 
④ tanpa modal atau modal rendah, 
⑤ pemasaran online 100 peratus.

Bayangkan zaman kecil kita golongan perempuan dewasa berniaga di rumah. Ibu berniaga 
kuih karipap diletakkan di warung simpang tiga, makcik berniaga ulam sayur di pasar yang dipetik 
dari belakang rumah atau nenek berniaga tikar mengkuang yang dijalinnya sendiri. Ebook ini 
menukarkan idea bekerja di rumah zaman dahulu kepada bekerja di rumah idea internet canggih 
zaman sekarang.

Ebook ini panduan dan bantu mudahkan kalian yang tak tahu nak bermula dari mana, bagaimana. 
Gaya bahasa mudah bersahaja. Soalan tak tahu nak bermula dari mana diterangkan dalam bentuk 5W1H.
Mesti jelas apa itu asas bisnes dan pemasaran online supaya tak jadi bidan terjun yang terkubur. 
Jadi pada bab permulaan, baca dan jawab dulu 5W 1H mengikut kes masing-masing. 

Kemudian, boleh mula rancang bisnes berdasarkan senarai semak yang diberi. Langkah 
satu persatu, kemudiannya rancang cara gandakan jualan dengan maksimakan pemasaran percuma, 
masih dengan modal rendah. Kira sasaran jualan setiap hari dari contoh mudah yang diberi.

Juga ada pengalaman menarik usahawan online bermula dengan modal rendah. Jika ada yang kata 
sungguh bosan membaca pengalaman berapi-api. Tahukah kalian, pengalaman itu mereka bina dan 
rasai jatuh bangun bertahun-tahun lamanya. Tapi kita memperolehinya dengan membaca beberapa 
minit sahaja tanpa rasa susah payah jatuh bangun itu.

Sudah khatam edisi 1, langkah seterusnya kita bina kedai online berpandukan tutorial dalam
10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 2, berdasarkan apa jenis produk, perkhidmatan atau 
bisnes yang telah kalian jawab dalam 5W1H tadi.

Bab 1: Langkah Demi Langkah Bina Kedai Online
Bab 2: Contoh Blogshop 
(Edisi 2 telah terbit pada 1 Oktober 2015)


Ebook 3 - PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Munirah Yusoff

Membuka bisnes butik bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Silap percaturan, modal 
akan ‘hangus’ dan stok barangan pula memenuhi ruang simpanan. Lebih malang lagi, jika anda 
memulakan bisnes dengan berhutang. Mahu tidak mahu, hutang tetap perlu di bayar walaupun bisnes
anda tidak berjalan.

Melalui pembacaan eBook Bisnes Butik Online Offline, mencari pengalaman dengan bekerja di 
butik serta penyellidikan produk dan pasaran adalah aspek yang perlu di titik beratkan. Ia 
dapat memberi gambaran terhadap produk pemasaran atau perkhidmatan kita, sama ada kita 
mempunyai produk yang sama di pasaran atau mempunyai kelebihan tambahan yang tidak terdapat 
pada orang lain.

Dengan panduan daripada kisah orang yang berpengalaman dalam bidang bisnes butik, saya dapat 
simpulkan bahawa pengurusan produk, kewangan serta khidmat pelanggan adalah perkara asas perlu
di kuasai. Tanpa asas yang kukuh, sehebat mana pun produk anda, pelanggan akan lari jika khidmat 
pelanggan tidak di jaga dengan baik.

Antara inti pati ringkas di dalam eBook Bisnes Butik Online Offline adalah:
1. Produk pakaian untuk dijual, sama ada pakaian wanita, pakaian lelaki atau pakaian kanak-kanak.
2. Fokus produk berasaskan gender yang di pilih. Jika produk anda adalah pakaian wanita, tetapkan 
fokus produk kepada beberapa kategori seperti aksesori, koleksi kasut, pakaian kasual atau pakaian 
bekerja.
3. Kenal pasti sasaran pelanggan
4. Kenal pasti kemahiran dalam bisnes dan kuasai kaedah promosi supaya dapat menarik pelanggan 
baru serta mengekalkan pelanggan sedia ada.
5. Kenal pasti sumber bekalan produk dan kelengkapan butik
6. Kaedah mengumpul modal dan strategi pengurusan modal bagi mengelakkan ketirisan wang.
7. Panduan dalam mendaftar dan mengurus pentadbiran bisnes.
8. Memahami kaedah berkesan dalam promosi dan pemasaran produk
9. Kuasai teknik khidmat pelanggan ketika berurusan dengan mereka

Apa yang penting, usaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berpuas hati atau sentiasa berada 
dalam zon selesa. 


Ebook 4 - 101 IDEA HOME-BASED BISNES (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Haryati Dulbahri

Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes yang 
ditulis oleh Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Ebook ini 
mengandungi 180 muka surat dan ditulis khusus untuk para suri mahupun sesiapa sahaja yang ingin 
mula bisnes. 

Pertama kali saya baca Bab 1, fikiran saya sudah mula berangan-angan. Ya terlalu banyak sebenarnya 
idea bisnes yang boleh dilakukan. Lihat dan analisa kepakaran dan kemahiran yang kita ada. 
Sebagai contoh, bisnes makanan. Sekiranya kita suka memasak, kita boleh mula dengan menjual 
makanan atau masakan yang kita mahir dan pakar. Sesuai dengan fitrah kita sebagai wanita 
sememangnya memasak tidak boleh dipisahkan daripada dunia kita sebagai suri. Apatah lagi 
sekiranya kita ada bakat dalam masakan. Ambil peluang ini untuk sama-sama kita kongsikan 
pengalaman dan kepakaran dengan orang lain. Sebagai contoh, sepupu suami saya, Puan Maszie 
Fatah. Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan kepakaran beliau adalah dalam bidang masakan. 
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau mula kongsikan 
pengalaman tentang masakan melalui blog. Baru-baru ini beliau telah menceburkan diri dalam bisnes 
kuih talam dan pelbagai jenis kek. 
Kisah lanjut blog beliau boleh baca di sini: www.maszie.blogspot.com

Pendek kata, daripada bidang masakan pelbagai cabang bisnes makanan kita boleh jalankan. Antara 
contoh lain ialah bisnes menjual sarapan pagi, bisness roti dan kek, bisness khidmat katering, bisnes
makanan sejuk beku dan banyak lagi. Seterusnya apabila bisnes masakan ini boleh dikembangkan 
lagi dengan membuka kelas atau bengkel masakan. Semua operasi bisnes adalah dari rumah dan 
dimulakan secara kecil-kecilan dahulu. 

Saya merujuk pada muka surat 14 Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, dikongsikan juga kisah
inspirasi kejayaan seorang usahawan yang bermula dari rumah.

"Beliau melakukan usaha ini secara kecil-kecilan dari rumah selama tiga tahun. Selepa itulah baru 
mengorak langkah memiliki kedai sendiri. Selepas berhenti kerja, dengan menggunakan wang 
simpanan sendiri, sebanyak RM50,000 untuk dijadikan modal. 30 Jun 1999, membuka kedai Kek
Hidayah Hidayah. Kisah lanjut inspirasi ini boleh dibaca di sini: http://mingguanwanita.karangkraf.com/wanita/wanita-bisnes/impian-jadiusahawan-kek-terlaksana-1.119518".

Saya baca lagi bab seterusnya didedahkan pula tentang mula bisnes tanpa modal dengan bisnes dropship. Antara petikan bab yang menarik untuk dikongsikan tentang bisnes dropship:

"Mula bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah 
menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang 
tersebut di facebook, fan page, web jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar 
tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosi kepada 
pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen. Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos 
penghantaran) dibayar pula pada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk".

Bercakap berkenaan bisnes dropship, bisnes ini amat sesuai sekali bagi suri yang mahu mula bisnes 
dari rumah secara kecil-kecilan. Kami di ABDR juga ada menawarkan bisnes dropship untuk produk 
digital dan produk fizikal. Bisnes ini amat mudah untuk dijalankan kerana kita tidak perlu menyimpan
stok dan menghantar produk kepada pelanggan. Kita boleh kumpul komisyen yang diterima 
daripada bisnes dropship ini untuk dijadikan modal bisnes yang berskala besar pula. 

Saya baca bab seterusnya dan baca lagi sehinggalah selesai. Secara keseluruhannya, ebook ini 
merupakan naskhah yang wajib dibaca untuk semua golongan yang ingin mula menceburkan diri 
dalam bisnes. Untuk memulakan sesuatu bisnes, kita jadikan juga ilmu tentang bisnes ini sebagai 
modal kita dalam bisnes. Mengenalpasti idea bisnes amat penting sekali sebagai asas dalam 
memulakan sesuatu bisnes. Pastikan idea bisnes kita sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dan 
bukan kita buat bisnes kerana kita syok sendiri. Ketahui pasaran bisnes supaya kita boleh fokus atau 
niche bisnes kita.

Saya amat mengesyorkan kalian semua untuk baca dan memiliki ebook ini sebagai panduan dalam 
memulakan bisnes kalian. Antara lain, ebook ini juga turut mendedahkan:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Staregi Pemasaran Gaya Rasullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Demikian ulasan yang dibuat oleh pembeli ebook-ebook ini, yang juga sebahagian daripada ahli ABDR.

INGIN MENDAPATKAN EBOOK INI, BOLEH HUBUNGI:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Tel: 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...