Cara Buat Puri Buah dan Sayur untuk Bayi 6-7 Bulan

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Pada hari-hari awal bayi mulakan makanan pejal, makanan berbentuk puri amat digalakkan. Puri yang sering diperkenalkan adalah pisang, brokoli, kentang, keledek dan lobak merah. Pada umur 6 bulan, makanan perlu bertekstur halus dan lembut untuk pastikan bayi tidak tercekik dan makanan mudah dihadam (mudah diserap oleh usus).

Sebab tu ibu-ibu dilarang memberi makanan selain susu kepada bayi di bawah 6 bulan. Walaupun bijirin halus kerana ia nampak halus pada mata kita tapi tidak pada usus bayi. Sistem penghadaman bayi boleh terganggu.

Nak membuat puri mudah sahaja. Lihat caranya berikut.

PURI PISANG/BETIK/AVOKADO/MANGGA MASAK

-Buah-buahan begini boleh dimakan terus dengan melenyek halus dengan garfu atau menggunakan hand blender
- Lenyek setiap kali hendak makan
- Sesuai untuk perjalanan jauh
- Dimakan segar

PURI LOBAK MERAH/KENTANG/BROKOLI/KELEDEK/EPAL

- Buah atau sayur begini perlu dibersihkan, dipotong dan dikukus atau direbus
- Selepas kukus/rebus, boleh dikisar halus (campurkan sedikit air kukusan atau rebusan jika terlalu kering)
- Boleh dibuat banyak dan disejukbekukan
- Bekukan dalam saiz kecil (dalam bekas kiub atau bekas kecil 1-2 oz) untuk mudahkan pengendalian
- Keluarkan dari peti sejuk dan nyahbeku sebelum dipanaskan/dimasak
- Sebagai permulaan, bayi akan makan 1-2 oz sahaja

Saya selalu buat untuk stok seminggu. Bayi makan 2 kali sehari.  
Saya tiada hand grinder, jadi saya gunakan hand blender. Setakat ini memang mudahkan kerja. Kalau ada bajet lebih, ibu-ibu boleh lah beli. Lebih mudah berbanding blender biasa dan lebih halus serta boleh blend dalam kuantiti sedikit.

Saya akan kongsikan cara mudah dan cepat untuk sediakan bubur bayi walaupun tanpa periuk tekanan atau slow cooker dalam entri akan datang. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...